Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya - Cahaya Hayati

29 Aug 2019

Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya

Assalamualaikum wbt & hi korang. Malam ni dinner apa? Kalau tak tau nak makan apa, jom ke kedai Ari Tepi Lebuhraya. Terdapat pelbagai jenis menu panas-panas. Paling ramai order menu seafood la.. kedai ni dah lama viral dalam Penang Kini tapi mommy dan family baru berkesempatan pergi. Yelah, kerja Butterworth, rumah kat Kulim, dinner kat Permatang Pauh pula? Ofkos la tak... 

Singgah Ari Tepi Lebuhraya ni pun sebab mommy ke BBW dekat Mydin Bukit Mertajam. Alang-alang dah ada area Seberang Jaya kan?

Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya


Masa singgah hari tu kami semua order nasi goreng ja sebab masing-masing dah kelaparan... Dalam kepala pun dah terbayang nasi goreng seafood. Hahaha... 

So, inilah menu-menu yang kami order.

Nasi Goreng sotong untuk kakak Aisya. Nasi goreng ni bahagi dua dengan aisy... Dah bahagi 2 pun kakak Aisya tak habis. Sotong tu rasa pedas sikit ja. Portion banyak... 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Nasi Goreng Sotong
Ni pula Nasi Goreng Seafood. Mommy share dengan daddy.. Portion nasi banyak, seafood pun banyak sampai tak nampak nasi... Dalam nasi goreng seafood ni ada udang, sotong, siput lala dan siput apa tah. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Nasi Goreng Seafood
Ni pula Seafood Masak Pedas. Satu mangkuk penuh dengan lala, udang dan sotong. Memang puashati. Nasib baik daddy tak order nasi putih kalau tak takdak orang nak perabih nasi goreng mommy. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Seafood Masak Pedas

Abang Ammar pula order nasi goreng ketam tapi nasi goreng ja yang sampai... Okay jugak ketam tak sampai sebab boleh tolong habiskan seafood masak pedas yang daddy order.

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh

Walaupun kedai biasa-biasa saja, tapi selalu fullhouse. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh

Selain nasi goreng, kedai ni ada juga pilihan seperti Char Koay Teow seafood, mee kuah dengan pilihan seafood. Pendek kata hangpa nak apa, habaq ja kat depa... 

Dengan tambahan order Mee Kuah Ketam, jumlah yang kami bayar pada malam tu tak sampai RM50 pun... Jumlah ni termasuk air tau dan tolak ketam yang tak sampai tu.

So, sangat recommended kalau korang nak dinner kat sini. Kedai dia tepi susur keluar Permatang Pauh dari Seberang Jaya. Belah kiri ja... 

1 comment: