Wajah Bersih Sempurna Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water. Assalamualaikum wbt & hai korang! Menyentuh bab penjagaan kulit wajah memang banyak tips. Antara sesuai dengan tak saja untuk kulit wajah kita. Dalam banyak-banyak tips mommy suka dengan tips cuci muka, cuci make up atau solekan dengan menggunakan micellar water. Kenapa? Sebab micellar water telah terbukti mampu menanggalkan kesan minyak dan solekan di wajah dengan sempurna. Lagipun ia berasaskan air dan tidak memedihkan mata seperti bawang. Micellar water yang paling mommy suka adalah Safi Micellar Natural Cleansing Water.
Wajah Bersih Sempurna Dengan Safi Micellar Natural Cleansing Water |
Kalau korang nak tahu Safi Micellar Natural Cleansing Water hadir dengan 3 jenis iaitu:
- Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose
- Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber
- Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
Wow! Walaupun ada 3 jenis saja tapi mommy tak tahu nak pilih yang mana satu sebab ketiga-tiga jenis Safi Micellar Natural Cleansing Water ni best sangat. Tapi disebabkan tamak haloba, mommy try ketiga-tiga sekali. Hihi.. Tapi kalau korang rasa, buat apa nak beli sampai 3... Korang boleh baca review di bawah untuk tahu yang mana sesuai dengan korang.
Safi Micellar Natural Cleansing Water tak pedihkan mata macam bawang! |
Oppps sebelum tu korang nampakkan sticker 'TIDAK PEDIHKAN MATA MACAM BAWANG'? Itulah sebabnya kenapa mommy pilih Safi Micellar Natural Cleansing Water. Bukan senang tau nak jumpa micellar water yang sesuai dengan kulit dan tak pedihkan mata...
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose
Safi Micellar Natural Cleansing Water Rose sesuai untuk korang yang mempunyai kulit jenis normal dan juga kombinasi. Ia diformulasi dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Ros. Bahan aktif ini berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan hanya satu sapuan. Bukan itu saja ia juga membantu untuk mengecilkan liang pori dan mengurangkan wajah berkilat. Hasilnya kulit segar dan berseri.
Mommy dah try dan ianya berkesan untuk membersihkan kulit wajah. Malah ia sangat wangi... Best sangat sampai tak nak cuci muka dengan pencuci dah.
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber
Safi Micellar Cucumber ni sesuai untuk korang yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Diformulasikan dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Timun. Berfungsi untuk menanggalkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan serta melembap, merevitalisasi dan juga menyihatkan kulit. Hasilnya kulit lebih lembut dan masalah kulit muka minyak pun kurang.
Mommy suka guna Safi Micellar Cucumber bila nak solat zohor dan asar sebab time tu kan panas. So, bila guna Safi Micellar Cucumber ni dia memberi kesan sejuk pada kulit selain dari menanggalkan solekan. Bila pakai tu rasa syiok ja sebab sejuk dan sangat membantu untuk mengatasi masalah kulit muka berminyak mommy. :D
Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
Safi Micellar Neem ni sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat. Diformulasikan dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi Neem yang berfungsi untuk menanggalkan solekan, mengawal minyak dan jerawat melalui agen antibakterianya. Hasilnya kulit lebih sihat dan berseri tanpa cela.
Yang ini pun best sebab ia membantu mommy mengawal masalah jerawat. Best sangat pakai sebab dia mampu menanggakkan make up dengan satu sapuan saja. Tak perlu nak tonyoh kuat-kuat. Hahaha
So korang dah tahu nak pilih dan beli yang mana? Untuk kulit normal dan kombinasi korang ada satu pilihan saja iaitu Safi Micellar Rose dan bagi korang yang ada masalah kulit muka berminyak dan jerawat, korang boleh pilih antara Safi Micellar Cucumber ataupun Neem. Ketiga-tiga Safi Micellar Water ini telah di uji secara dermatologi dan ianya bebas daripada SLES/ SLS, tanpa minyak mineral, tanpa alkohol, paraben dan jugak pewarna. Selamat digunakan oleh semua.
Bagi korang yang baru mengenali dan mahu menggunakan Micellar Water, ini cara gunanya... Mudah saja. Tuang atau titiskan Micellar Water atas cotton pad dan lakukan sapuan lembut ke atas kulit wajah. Senangkan?
Mommy tak jual yer. Untuk dapatkannya korang bolehlah terjah drugstore seperti Watsons, Guardian ataupun mana-mana pasaraya yang berdekatan dengan tempat korang. Memang sangat recommended sebab saiznya 200ml dan boleh tahan lama. Harga pun sangat mampu milik iaitu RM 17.25 di Watsons.
Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari media sosial Safi di bawah:-
Laman web : https://safi.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY/
Instagram : https://www.instagram.com/safimalaysia/?hl=en
Makin banyak pilihan dengan produk Safi.
ReplyDeletenad pakai yang oily dan acne tu..memang makeup bersih , kulit muka bersih dari kekotoran bila sapu dengan safi micellar clenasing water ni
ReplyDeletemakeup remover paling best pernah guna..
ReplyDeleteMudah sekarang ni kan..
ReplyDeleteNak cuci mekap tak perlu tenyeh dah.
Guna je safi micellar natural water ni kan.
Menarik produk Safi sekarang nie kan.. semua ada dah..
ReplyDeleteProduk pilihan yg zaza jugak ni.. Skg tgh guna tp tgl separuh dah
ReplyDeletesaya pakai pink tu, best bau sedap...solekan mudah tanggal
ReplyDeleteNak cubalah nanti produk safi yang ni nampak menarik..
ReplyDeletewah.. safi pun dah keluarkan misselar water untuk cuti makeup.. terbaiklahh
ReplyDelete