Kekalkan Kelembapan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion - Cahaya Hayati

9 Jul 2019

Kekalkan Kelembapan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Assalamualaikum & hi korang! Ramai yang kata susah nak jaga kulit wajah tambah-tambah lagi dengan cuaca panas. Rasa kering saja kulit muka. Silap-silap muka pun dah bertopeng (sunburn). Buka tudung jer nampaklah dua tone kulit muka. hahaha. Disebabkan tidak mahu kulit wajah menjadi bertopeng, mommy guna Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion untuk mengekalkan kelembapan serta kecerahan kulit wajah. So, tiada masalah lagi bila nak keluar di waktu tengah panas lit lit. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion


Mommy memilih Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion kerana ia adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah. Ia sesuai untuk penjagaan kulit yang ringkas tapi memberi kesan lembapan yang optimum. So, pagi-pagi mommy tak lagi menggunakan dua tiga produk untuk mengekalkan kelembapan dan kecerahan kulit. Hanya guna Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion sebelum apply foundation dan lain-lain make up..

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Selain dari 2 formula dalam satu botol, mommy suka Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion kerana :-

  • Jenama yang sangat di percayai
  • Status halal
  • Pembungkusan yang baik dan selamat untuk di bawa travel
  • produk tidak berminyak dan melekit
  • Formulasi yang sesuai untuk kulit dan cuaca di asia
  • Sesuai untuk semua peringkat umur

Selain sebab-sebab di atas, sebab-sebab lain yang menyebabkan mommy jatuh cinta dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion adalah kerana ia bertindak untuk memberi 2x penghidratan dan kesegaran dalam satu penggunaan. Ia juga mampu meningkatkan rintangan perlindungan kulit dengan mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Kekalkan Kelembutan Dan Kecerahan Kulit Wajah Dengan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion


Ini kerana dalam Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu:- 

  • Macro Hyaluronic Acid
  • Nano Hyaluronic Acid
  • Bio-Hyaluronate 
  • Oligo - Hyaluronic Acid
  • Super Nano Hyaluronic Acid

Kelima-lima jenis Hyaluronic Acid ini menjadikan cecair Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. 

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid

Ia juga mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan perlindungan IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE.  Formula  ini bermaksud Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kulit lebih segar, bermaya dan berseri. Manakala, Nano Biowhite pula bertindak untuk memperlahankan kesan pembentukkan pigmentasi dan menjadikan tona kulit lebih sekata dan cerah sempurna. 

Mommy dah guna produk ni hampir 2 minggu, 2 kali sehari dan mommy sendiri dah rasa kesannya... 

  • Kulit menjadi lembap dan tak rasa kering bila berada di tempat yang panas atau sejuk. Malah ia dapat mengurangkan masalah pigmentasi dan sunburn. 
  • Mempercepatkan proses penjagaan kulit wajah sebab ia adalah produk 2 in 1. 
  • Packaging dan saiz (100ml)  yang mudah untuk di bawa kemana-mana saja
  • Harga mampu milik (RM 23.50). Taklah terfikir 2, 3 kali apabila nak beli lagi.. 

Mommy dah guna, korang tak nak cuba ke?

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion ni boleh di dapati di mana-mana farmasi, pasaraya dan pasaraya besar di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut pula, korang boleh layari media sosial berikut:


1 comment:

  1. Waalaikumussalam. Hai Si Yati :)

    Safi jenama yang dipercayai kat Malaysia ni. Selamat dan halal.

    Yang oxywhite whitening ni boleh buat kulit kita 2x terhidrat dan rasa segar je

    ReplyDelete