Cerita Dan Gambar Raya 2019 - Cahaya Hayati

13 Jun 2019

Cerita Dan Gambar Raya 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H 2019M. Untuk tahun 2019 ni pun tak cerita yang menarik pun tentang raya kami. Sama saja macam tahun lepas. Beraya di Kulim. Pagi pergi masjid untuk solat raya, balik makan kat rumah then pergi rumah FIL. Petang lepas zohor bertolak ke Penang untuk beraya sebelah MIL pula. Kenapa lain-lain? Untuk yang tak tahu lagi, FIL & MIL dah lama berpisah. So, MIL tinggal dengan kitaorang... Sebab itulah beraya pun kena lain-lain haluan. Cuba puashati kan semua pihak tapi setakat yang mampu saja. 

Disebabkan tiada cerita menarik tentang raya, kita tayang gambar raya saja... Itupun gambar dekat rumah FIL saja. Lain waktu, HP dok dalam bag sebab suami dah kuatkuasakan no handphone time raya. Okayyy noted dan dan simpan HP. Kalau tak kena jelingan maut. hihi...

so, inilah gambar raya 2019 kami. 

Gambar Raya 2019
Gambar Raya 2019 #yatizul

Dengan FIL & MIL

Pandai pulak korang behave yer?

Mommy daughter. 

Team lelaki-lelaki jer.. 


Suami, SILs dan biras..
Beraya di sebelah suami di Penang ni tak boleh buat macam iklan raya TNB tu sebab diaorang semua jenis berkumpul satu rumah. Dok dalam rumah dari pagi sampai malam. Layan rancangan TV sambil  makan dan borak-borak. Istilah raya dengan jiran takde kecuali jiran buat open house. Tak macam beraya kat kampung... Selesai solat, bermula lah ziarah jiran tetangga sekampung. Kalau boleh sampai habis rumah dalam kampung tu.. Tapi separuh hari sajalah. Lepas zohor baru gerak raya semua rumah mak saudara di kampung lain. Pergi jer dan tak perlu di jemput.. Serius rindu nak beraya di kampung. 

Nak beraya rumah kekawan pun takde sebab semua pakat beraya di kampung. Agaknya inilah nasib orang yang beraya di bandar dan tak ramai adik beradik. Takpe raya kedua nanti kita balik kampung dan buat macam iklan TNB tu tapi kami sebiji kereta sajalah. hahaha... 

Bukan kata raya di sebelah suami ni tak best tapi tak berapa nak adventure dan tak boleh nak rasa menu yang pelbagai. Walaubagaimanapun, raya tu tetap best dan paling best anak-anak la sebab duit raya yang depa dapat agak banyak. 

So, apa cerita raya pertama korang? Takkan pakai t-shirt ngan tracksuit saja. Pastu dok didapur pulak tu... 

1 comment: