Hotel Tabung Haji Alor Setar | Pilihan Staycation Raya 2019. Hai korang... Baru nak sambung citer raya. hihi... Seperti yang mommy maklum dalam entry raya sebelum ni, Raya kedua kami balik kampung belah mommy. Tak jauh pun iaitu Kubor Panjang, Pendang. Balik menziarahi kubur mak ayah dan menziarahi mak bapa saudara serta jiran sekampung.
Sampai kampung terus ziarah kubur mak ayah. Kemudian barulah ke rumah mak, bapa saudara. Sakan juga la sebab raya sampai Maghrib dan perut penuh. Adat orang kampung... Wajib hidang makanan kepada tetamu dan tetamu wajib makan. Dan sebagai tetamu pun mommy tak mampu nak tolak sebab semua hidangan tu sedap dan rare. So, wajib makan. Hahaha...
Dah penat beraya, kami ke gerak ke TH hotel Alor Setar. Bukan tak nak tidur di kampung tapi kami tak nak menyusahkan sapa-sapa. Mak bapa saudara siap offer lagi suruh tidur rumah depa tapi kami menolak dengan baik. In sha Allah lain kali kami bermalam di kampung. Cuma sekarang kami lebih selesa beraya cara kami.
so, inilah TH Hotel Alor Setar...
Hotel Tabung Haji Alor Setar |
First time sampai sini. Tak sangka TH Hotel Alor Setar besar... Satu-satunya hotel yang dekat dengan airport alor setar.
Muka masing-masing sementara tunggu mommy check in....
Mommy booking TH Hotel ni sebelum bulan puasa lagi melalui booking.com. Dapatlah bilik 4 katil single dengan harga RM 311 termasuk breakfast untuk 4 orang. Murah tak? Bagi mommy murah sebab kami boleh beristirehat dengan selesa. Tak berhimpit anak beranak gitu.
Pagi esok pula, kami tak kalut nak cari breakfast. Just turun bawah dan nikmati pelbagai pilihan sarapan pagi yang disediakan oleh TH Hotel. Gambar sarapan pagi tak sempat ambil. Tapi memang banyak pilihan dan semuanya sedap.
Oh yer lupa nak habaq yang TH Hotel Alor Setar ada kolam. Eksaited la budak-budak ni. Lepas sarapan, tak sabar nak mandi kolam... Daddy layankan sebab mommy nak naik atas nak kemas untuk check out.
Lepas check out, kami sambung beraya pula, Kali ini pulang ke kampung kelahiran mommy dan ziarah jiran tetangga yang dah macam saudara sendiri. Lepas habis beraya di kampung, kami gerak balik Kulim pula sebab suami ada jemputan open house. Kira raya sakan la juga....
Tu jer cerita raya kami. Tapi kalau korang nak cari hotel yang selesa dan murah, korang boleh la book Hotel Tabung Haji. Macam mommy, mommy suka book melalui booking.com sebab bila kita dah selalu guna service dia, akan ada tahap-tahap yang diberikan. Bila dah capai tahap tertentu, makin murahlah hotel yang kita dapat.
Contohnya macam mommy, mommy dah dapat level 2 dimana lebih banyak kelebihan yang mommy dapat. Antaranya peratus diskaun lebih tinggi, free breakfast dan lain-lain seperti dibawah.
Tak sabar nak unlock level seterusnya. hahahaha...
Okaylah bagi yang nak booking TH Alor Setar, korang boleh guna link dibawah ni untuk dapatkan cashback USD15. Banyak tu!
Belum pernah lagi time raya check in hotel..sebabnya kampung dekat je..bleh balik hari...nanti kalau berjodoh ngan org jauh..maybe la kot
ReplyDelete