5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Yang Diidamkan - Cahaya Hayati

2 Aug 2018

5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Yang Diidamkan

5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Yang Diidamkan. Hai korang... Dah hari kedua Ogos untuk tahun 2018. Sekejap saja dah nak hujung tahun... Rasa macam banyak lagi wishlist yang belum di capai. Agak-agaknya apa wishlist korang yang paling besar yer? Nak dapat kerja atau tukar kerjaya lain? Besar hasrat tu? Bagaimana hendak mencapainya? Dah banyak resume yang di hantar tapi masih belum ada yang lekat. Kenapa eh? Jom ketahui 5 punca gagal mendapat pekerjaan yang di idamkan...

5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Yang Diidamkan



Resume tidak menyerlah


Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan. Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki. Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.

Surat iringan permohonan menjelikkan


Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat. Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana. Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

Tidak menarik


Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga. Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi. Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

Tidak bersedia untuk bekerja


Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka. Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal. Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

Fokus yang keterlaluan


Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai. Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan. Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti. Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.


DAPATKAN CONTOH RESUME KEBABOM DI SINI  >>>>>> RESUME


Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya. Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang. Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.

11 comments:

  1. Resume memang kena wat betul2. Biar ringkas tapi penuh dengan maklumat yang penting. Kalau tak memang akan direject awal2.

    ReplyDelete
  2. Btul tu kak.. Kita dlu penah dpt iv jwtan spaj.. Tp syg kita xdpt dtg sbb tgh sakit... Pnh skli kne tgur resume xbrpe btul.. Hihi.. Tp bguslah ditegur direct... Tau apa silap kita

    ReplyDelete
  3. Betul tu resume kena buat kemas lagi satu nak datang interview pun kena kemas pakaian pula sebolehnya pakai putih atau biru nampak seri bila interview

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang memang susah nak dapat kerja yg diidamkan..kdg2 apply jela mane yg kosong n sesuaikan

    ReplyDelete
  5. Resume salah satu contoh kenapa tak dapat kerja..kadang diaorang buat main hentam je..huhu..kene google cara buatnya..lepastu masa interview, kene jawab dengan konfident

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat menarik. Memang resume tuh kena ambil berat juga isi ka dungannya untuk menarik minat penemuduga.

    ReplyDelete
  7. pernah 2x je merasa interview ni. Seronok wlpun terketar ketar dibuatnya,wlpun kykinan tu ada.

    ReplyDelete
  8. Its true also, many young grads are not able to get the job that they wanted at the end they choose not to work or not happy working.

    ReplyDelete
  9. Hehe.. teringat pulak zaman mencari kerja dulu.. resume punya la berkerawang2 walhal yang smple itu yang paling bagus

    ReplyDelete
  10. Artikel ni sgt membantu bagi mereeka yg tengah nak apply job & perlukan resume. Good written ! ♥️

    ReplyDelete
  11. terima kasih for info <3

    ReplyDelete