Puashati Kenyang Perut Di BKE Corner. Dinner apa tu? Haa kalau tak ada idea nak pi mana korang bolehlah pergi ke BKE Corner di Kubang Semang. Mommy baru saja pergi malam sabtu yang lepas. Saja pi try bila tengok SIL post gambar makanan yang dia order di BKE Corner. Lagipun kami sekeluarga dah jemu dengan makanan di Kulim. Hihi
BKE Corner menyediakan makanan Western, satay, laksa, mee kuah, nasi ayam, nasi lemak serta pelbagai pilihan minuman. Pilihan mommy sekeluarga adalah western food. Yang lain tu kita try lain kali pulak.
Aktiviti biasa selepas order dan sementara menunggu makan sampai.. Tentulah ambil gambar sebagai bukti pernah jejakkan kaki dan menjamu selera di sini...
Inilah menu yang kami order... First sampai coconut, mango dan durian shake yang menjadi pilihan anak-anak. Sedap depa kata.
Lamb Carbonara pilihan mommy. Pilih yang ni sebab spaghetti tu untuk suap Aisy... Sedap sebab lamb lembut dan cukup rasa perapannya. Black pepper sauce tu pun sedap sebab terasa black pepper tapi tak pedas. Anak-anak pun boleh makan. Spaghetti tu terasa carbonara dan krimnya. Aisy suka sangat. Memang Carbonara untuk dia saja. Hahaha
Harga RM 22 sepinggan..
Sila abaikan pistol yang menjaga makanan tu..
Lamb Grill pilihan kakak Aisya. Sedap! Bertambah sedap bila salad, jagung dan kentang putar juga sedap. Harga RM19
Beef Grill pilihan encik suami. Lembut sangat dagingnya. Memang puashati makan... Harga RM22 saja.
Abang ammar pula order meatball satu set. Ada 7 biji meatball tapi dia kata tak kenyang lagi.. Daddy suruh dia ambil nasi lemak lagi sebungkus.. Meatball tu mommy sempat rasa sikit. Sedap sebab meat ball juicy, lembut dan tidak liat. Kakak Aisya yang tak suka makan meatball pun kata nak order meatball bila mai lagi.
Meatball tak sempat nak ambil gambar...
Dekat saja dengan exit Kubang Semang... Kalau lalu kat highway BKE dan ambil exit ke Kubang Semang lagi senang sebab kedai dia betul-betul selepas exit dan nak ke Masjid Penanti. Tak pun korang follow saja google maps ni. Confirm sampai...
Oh yer BKE Corner ini di buka setiap hari dari jam 5 petang sehingga 11 malam.
sedap sedap menu nya. cabonara tu menggoda hehe
ReplyDeleteWah.. Dok lalu je.. Tak pernah singgah... Next time balik Baling kena singgah ni.
ReplyDeletesedapnya menu western. memang puas hati kalau makanan sedap.
ReplyDelete