Aidilfitri 2017 | Pertama Kali Buat Ketupat Palas - Cahaya Hayati

12 Jul 2017

Aidilfitri 2017 | Pertama Kali Buat Ketupat Palas

Aidilfitri 2017 | Pertama Kali Buat Ketupat Palas. Bulan raya so kita up tentang cerita yang dok dalam draf. Hihi. Banyak nak di ceritakan sebenarnya tapi kesempatan nak mengarang tu amat terhad. 

Alhamdulillah raya tahun ni masih meriah walaupun tanpa orang tua tersayang. Masih ada adik-beradik, mertua dan ipar duai untuk beraya bersama-sama. Namun kerinduan kepada mak ayah tetap ada. Tak tahu nak luahkan macam mana. Masa Arwah ayah tiada dulu tak terasa sangat sebab mak masih ada tapi bila tiada kedua-duanya rasa kehilangan sangat. 

Takmo sedih-sedih. 

Oh yer untuk raya tahun ni, mommy buat ketupat palas pertama kali. Dulu arwah mak yang buatkan sebab sedap. hihi. Bila mak dah tiada, ilmu yang diturunkan mommy praktikkan. Bukan tak tahu buat tapi tak sama dengan air tangan mak. Selalunya tolong balut ketupat sajalah.

Walaupun kali pertama buat, mommy buat banyak juga iaitu 4 kilo beras pulut dimana dua kilo ketupat kosong dan 2 kilo ketupat kacang. Masa yang di ambil pun agak lama sebab dah lama tak buat. haha.  Tahun-tahun lepas mak buat dan frozenkan. Mommy just ambil bawak balik Kulim.

pulut susu
Mommy guna pulut susu untuk ketupat palas
Untuk ketupat palas ni, mommy gunakan pulut susu sebab tekstur dia lebih lembut dan sedap. Seperti biasa mommy tak sempat nak ambil gambar ketupat sebab handphone ada di tangan anak-anak dan lepas habis balut ketupat mommy rasa tak sedap badan. Mungkin sebab lama duduk untuk membalut ketupat. hihi.

ketupat palas mudah dan sedap
ketupat palas berkacang

Disini mommy kongsikan cara membuat ketupat palas untuk anak-anak mommy dan adik-adik yang nak belajar membuat ketupat palas sendiri. Resepi dan cara membuat ketupat palas ni, mommy perolehi dari emak mommy dan mak saudara sebelah ayah. Jadi, kalau di tempat lain atau lain orang mungkin tak sama resepi dan caranya.

RESEPI KETUPAT PALAS

Bahan-bahan

2 kg pulut susu
2 kg santan
1-2 cawan air atau sehingga sama paras dengan pulut
3 helai daun pandan disimpul
2 sudu kecil garam
Daun palas secukupnya ( dibuka daun dan bentukan seperti ketupat (kelongsong). Selalunya di buat dua hari awal untuk memudahkan proses membalut atau membuat ketupat.


Cara 

Beras dicuci bersih. Toskan.

Campurkan pulut, santan, air, daun pandan, dan garam dalam periuk. Buka api perlahan dan didihkan. Masukkan kacang jika ingin membuat ketupat kacang.

Kacau dengan senduk kayu sehingga kering air santanya dan nampak berminyak. Tetapi pulut tak perlu lah masak, pulut akan jadi kembang meresap santan tetapi masih mentah didalamnya. Biar sehingga kering dan agak pulut boleh di cubit dengan tangan baru lah tutup kan api. Biarkan sejuk

Masukkan pulut dalam kelongsong ketupat dan mula balut.

Pulut selepas dibalut, ikat dengan kemas dibahagian bawahnya supaya pulut tak terburai dan air tak masuk semasa merebus.

Bila nak rebus, panaskan air sehingga mendidih, masukkan sedikit garam dan masukkan ketupat yang dibalut tadi. Rebus sehingga dalam 30 ke 40 minit sehingga pulut dalamnya masak sepenuhnya.


Tips ketupat frozen:

Ketupat yang dibalut tadi boleh terus dimasukkan dalam peti ais dan dibekukan. Bila nak makan, keluarkan dan rebus sahaja sehingga masak.

Atau rebus ketupat sehingga masak dahulu, kemudian sejukkan dan boleh dibekukan. Bila nak panaskan balik, cuma perlu kukus sahaja sehingga panas.

No comments:

Post a Comment