ROMANO FORCE & UNIQUE Yang Menguasai Kehidupan Lelaki - Cahaya Hayati

6 Feb 2017

ROMANO FORCE & UNIQUE Yang Menguasai Kehidupan Lelaki

Assalamualaikum wbt. ROMANO FORCE & UNIQUE Yang Mempersonakan.

Hai korang! Seronok kan bagi yang bercuti panjang terutamanya orang Wilayah. Cuti bersambung-sambung gitew. Sesekali dapat peluang bercuti panjang kan!

Oklah hari ni mommy nak habaq yang ROMANO ada keluarkan EDT terbaru khas untuk lelaki-lelaki di luar sana yang mementingkan gaya dan ketrampilan. Yang wanita nak hadiahkan kepada suami, bapa, adik abang dan teman lelaki pun boleh jugak. 

Kenapa lelaki kena pilih ROMANO? Ha baca kat bawah ni tau..

KUASAI KEHIDUPAN – Jadilah Jejaka ROMANO

Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di hadapan dalam hidup. Penampilan segak  dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan. Wangian maskulin yang unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka. Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional, peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.

Jejaka ROMANO semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO adalah epitome sebenar kejayaan.


Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan. Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!

Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya. 


ROMANO Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar yang tersendiri.  Wanita disekelilingnya pasti tertarik  dan menyedari kehadiran mereka. Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.

ROMANO Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.


ROMANO Eau De Toilette – FORCE

ROMANO Eau De Toilette – FORCE

Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh. FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.

ROMANO Eau De Toilette - UNIQUE


ROMANO Eau De Toilette

Untuk jejak berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di hadapan dalam apa jua keadaan.  Kejayaan dan kebolehannya membuatkan orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan aura tersendiri kepada sang jejaka.

Wangian ROMANO EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan ROMANO Eau De Toilette, ianya dijual pada harga RM40.60 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara.


2 comments:

  1. dua dua ni bau dia wangi. nanti nak beli la hehe. btw sy blogwalking dan follow blog ni ye. jemput ke blog saya :)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete