Aisy Dan Susu Friso Gold - Cahaya Hayati

13 Feb 2017

Aisy Dan Susu Friso Gold

Assalamualaikum wbt. Aisy Dan Susu Friso Gold

Hai korang! Buat apa tu? Selamat menjalankan tugas dan amanah yang di beri. Moga-moga mendapat kenaikan gaji, bonus dan pangkat yang setimpal. Doakan mommy jugak yer. kohkohkoh.

Dah lama mommy tak cerita tentang Aisy. Selalunya mommy up kat IG dan FB ja. Tak tahu kenapa Virus M kuat sangat. Tak terlawan mommy...kahkahkah.

Hensem tak saya?
Sejak mula minum susu formula, mommy sering guna perkataan 'BASI' bagi merujuk kepada susu yang telah dibancuh dan tak habis. Aisy faham perkataan BASI. Kalau cakap BASI dia akan letakkan botol susu di sinki dan minta mommy bancuhkan yang baru tapi tak minum pun. Adoilah anak!

Disebabkan Aisy dah mencapai usia 2 tahun, mommy decide nak beri fully susu formula. Bukan apa lagi dia besar dan lagi dia pandai serta lagi susah nak beri susu formula sepenuhnya. Silap-silap nanti mommy yang kena psiko dengan dia..

FRISO Gold 3
susu kesukaan Aisy

Firstly yang mommy buat adalah berikan susu yang terbaik untuk Aisy iaitu susu FRISO Gold 3 di mana terdapat semua nutrien yang di perlukan oleh Aisy untuk membesar dengan baik. Friso Gold 3 mempunyai locNutri yang membantu penghadaman si manja serta menguatkan sistem tubuh badan dari dalam. Ia juga tidak mengandungi sukrosa dan di import 100% dari Belanda.

Anak cergas dan kuat sebab kesihatan dalaman mereka kuat

Second, mommy mengambil peluang untuk berpisah dengan Aisy buat sementara waktu di mana mommy kena hadir training di Seremban selama 5 hari. Peluang yang datang bertepatan dengan waktu untuk berikan susu formula sepenuhnya kepada Aisy. Secara tidak langsung, telah biasakan Aisy dengan susu formula. Jadi, tiada tantrum apabila di beri susu formula sepenuhnya.

Friso Gold 3 kesukaan Aisy

Third, Mommy gunakan perkataan ' BASI'. So, di sebabkan mommy training lama dan dah lama Aisy tak minum susu mommy jadi susu tu dah basi. Bila Aisy minta saja, mommy repeatedly inform yang susu dah basi. Sekarang pun masih minta lagi. Hihi...

FRISO Gold 3
FRISO Gold 3

Sekarang Aisy 100% minum susu Friso Gold 3. Walaupun hanya meminum susu formula, mommy yakin Aisy mendapat nutrien yang lengkap dengan meminum susu Friso Gold 3. Sejak di beri susu Friso Gold 3, Aisy tidak lagi minum sikit dan tinggal. Kalau bancuh satu botol 240ml mesti tak cukup. Nak lagi katanya.. Satu tin ni seminggu lebih sikit ja. Mommy dan daddy tak kisah janji Aisy sihat dan membesar dengan jayanya dan kuat.


Kesimpulannya, untuk berikan anak susu formula sepenuhnya.... ibu, mak, mama perlu pandai mengambil peluang, gunakan pendekatan psikologi dan berikan susu gantian yang terbaik untuk anak.  In sha Allah proses tersebut akan menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar. 

No comments:

Post a Comment