Passing years but still cool - Cahaya Hayati

13 Dec 2016

Passing years but still cool

Assalamualaikum wbt. Passing years but still cool

Cerita weekend hari tu. Handphone di tangan kakak Aisya. Selfie dan wassap berjalan... Di hantar pula kepada daddy dia dengan quote ' passing years but still cool'. 

Terangkat kening daddy dengan wassap anak dara dia. 

Mommy mampu gelak saja. 


Yelah anak-anak Generasi C (Connection) memang akan terlebih terer sebab mereka lahir dalam zaman connection atau zaman perhubungan di hujung jari saja. Anak-anak generasi C ini tidak boleh hidup tanda wifi atau data..  Bukan mommy yang kata tapi ini kajian yang dibuat dan telah terbukti. Cuba tengok, kalau dalam perjalanan yang jauh... anakah anak-anak akan tengok pemandangan di luar atau handphone di tangan?


Walaubagaimanapun, kita sebagai ibu bapa boleh mengawal data atau maklumat yang akan di akses oleh anak. Biarlah maklumat yang mereka perolehi bersesuaian dengan peringkat umur. Bukan yang akan merosakkan mereka. 

No comments:

Post a Comment