Kali Pertama Menaiki ETS Platinum - Cahaya Hayati

4 Dec 2016

Kali Pertama Menaiki ETS Platinum

Assalamualaikum wbt. Kali pertama menaiki ETS Platinum

Hi semua. Selamat berhujung minggu... Hari ini mommy bertolak ke Seremban untuk tuntutan kerja. Kena training selama 5 hari kat sana mulai esok.

Mommy naik ets ini di stesen bukit mertajam. Parking penuh, beratur panjang untuk beli tiket. Nasib baik mommy dah beli awal2. Fuhh lega dapat naik ets dengan lancar.


Apa beza ets platinum dengan ets biasa tu? Okayy, yang mommy nampak paling perasan adalah harga. RM 77 untuk seorang penumpang, senior citizen dan kanak2 RM 43. Kalau ets biasa hanya RM 38 untuk ke KL Sentral.

Perbezaan kedua adalah tempoh perjalanan adalah lebih pendek iaitu 3jam setengah saja berbanding ets biasa 4 jam. Tempoh perjalanan pendek sebab jumlah hentian adalah kurang dari ets biasa. Dengar katanya 3 hentian saja. Setakat ini dah berhenti di parit buntar dan taiping. Mungkin last perhentian di ipoh dan seterusnya ke KL Sentral. Kita tengoklah nanti sebab mommy baru sampai taiping. 

Yang ketiga ada pramugara dan pramugari serve makanan. Macam kapal terbang.. Hihi. Kalau ets biasa kena pegi beli sendiri. 

Dapat biskut dan milo kotak. Milo tu comei ja.. Biskut pula memang mengeyangkan. Better than naik flight. Hihi

Kelima, mommy rasa seat kat ets platinum ni empuk sikit. Sedap ja menyandar.. 

Setakat ini saja pendapat mommy tentang ets platinum.

Nah belanja korang view tasik kamunting taiping yang cantik dan ets melalui tengah2 tasik ni. 


No comments:

Post a Comment