Assalamualaikum wbt. Jalan-Jalan Penang | Wajib Singgah 3D Trick Art Museum
Hari ni entry mommy tentang jalan-jalan di Penang. Kenapa Penang? Balik kampung daddy lah. Biasalah bila cuti terhad, di campur dengan cuti daddy dan mommy yang tak sama. kadang-kadang tu satu hari ja yang sama. Lain-lain sebab mommy kerja atau daddy kerja. Kadang-kadang tu dah plan tapi asyik tak jadi ja. Susahnya nak pergi bercuti. :(
Baru-baru ni balik kampung daddy lagi. Selalunya tak kemana-mana pun. Tapi kali ini mommy plan nak jadikan balik kampung sebagai short vacation atau trip. Barulah best dan muka anak-anak pun ada senyum. hihi
Tempat yang kami lawati adalah Penang 3D Trick Art Museum.
Penang 3D Trick Art Museum
Penang 3D Trick Art Museum ini terletak di Lebuh Penang, Georgetown. Kawasan high traffic. Di seberang jalan sana terletaknya Padang Kota dan kota Fort Cornwallis. Selain itu, dekat juga dengan mee goreng sotong yang femes tu.
Mommy pergi sebelah petang, trip pelajar sekolah baru habis lawatan di museum ni. Parking pun senang masa mommy sampai sebab ada tourist baru keluar. Alhamdulillah.
Kenapa Penang 3D Trick Art Museum Menjadi Pilihan?
Penang 3D Trick Art Museum menjadi pilihan mommy kerana entrance fee atau yuran masuk yang reasonable dan ia terletak di Bandaraya Georgetown yang mempunyai banyak tempat menarik sepertimana yang mommy sebut awal-awal entry ini.
Kiranya senang nak gerak atau pergi ke tempat lain.
Apa yang best di Penang 3D Trick Art Museum?
Sampai-sampai saja mommy di Penang 3D Trick Art Museum, mommy di sambut dengan penyambut tetamu yang ramah. Psss, ada budak melayu yang boleh cakap chinese keja kat situ. Comei pulak tu.. Terpesona mommy dengar budak tu cakap chinese dengan partner atau supervisor dia.
Beratur beli tiket dan dah dapat tiket, kita mulakan pengembaraan kita. hikhik.
Mula-mula masuk, dah sampai kampung. Macam Balik Pulau ja. Tapi serius la dah lama tak rasa suasana kampung macam ni. Tengok budak-budak main gasing. Kat sini boleh panjat pokok kelapa tu.
Jalan lagi, ada nudak-budak dok kait buah mangga. Ammar ngan Aisya sibuk juga nak kait. Macam terer.. hikhik
Dah habis pusing kampung, kami nak pergi tempat lain pulak. Malas bawa kereta, kita naik beca....

Pak cik beca bawa kami sampai kampung nelayan. Naik perahu pula... Boleh main ayaq.
Dah puas naik perahu dan main ayaq, kami nak pi tempat lain pula. Kali ni kami naik bas kuning (yellow bus). Yellow bus ni ada kat Penang saja tau. Mommy sempatlah naik sebelum di tukar ke bas mini.
Dengan bas kuning kami pi taman rama rama dan bukit bendera.
Dari atas bukit bendera kami turun ke bawah dengan tikar zam zam ala kezamm... hikhik. Macam-macam aksi abang ammar buat.
Tapi tikar tu, tak bawa kami balik ke kereta. Dia bawa kami mengembara lagi sampai jumpa jin dalam lampu ajaib, jumpa monkey king, jumpa panda, sampai ke bulan dan kena kejar dengan dinosaur.
Lepas tu jalan-jalan lagi sampai jumpa semua binatang dan serangga gergasi. Takuttttt.
Akhir sekali pengembaraan kami sampai ke rumah graviti. Kenapa graviti? kalau korang nak tahu, mommy sebenarnya berdiri tegak. Tapi tulah dalam gambar ni nampak mommy senget dan nak terjatuh sebab daddy tolak. Trick art betul...
Dah habis mengembara, sampailah ke tempat yang boleh shopping cenderamata. Macam-macam pilihan ada. Lagi satu, ada photo booth kat sini. Ada gambar kita yang dah di print dan jika berkenan bolehlah beli.
Kat sini juga ada terjual minuman dan makanan ringan. Tak sedar pun, pusing-pusing sambil bergambar dah dua jam lebih. Mau tak terasa dahaga dan lapar. Kita minum dan makan sikit buat alas perut.
Okaylah kalau korang nak buat short vacation macam mommy. bolehlah singgah ke
Penang 3D Trick Art Museum
10, Lebuh Penang, George Town, Penang.
Last sekali, walaupun tempat ni hanya lukisan tapi bila melihat anak-anak seronok, enjoy the moment dan melakukan aksi yang bersesuaian dengan gambar, mommy rasa gembira sangat. Bukan senang nak bagi mereka rasa seronok bila berjalan-jalan atau pun bercuti.
Gambar-gambar yang terakam ini akan menjadi kenangan yang sangat indah. Oh yer, jangan risau jika tiada cameraman khas untuk merakam aksi anda sekeluarga kerana staff-staf Penang 3D Trick Art Museum akan membantu merakamkan aksi anda sekeluarga. Dia orang ramah dan mesra..
In sha Allah kalau ada kesempatan, mommy akan singgah lagi.
Wahhh menarik... nanti kalau penang nak g sanalah...
ReplyDeletemenarik. memang teringin nak masuk mana2 3d muzium macam nie. :D
ReplyDeletenanti kalau pergi penang bolehlah cuba :)
best jalan2 sini, budak2 pun nmpak happy
ReplyDelete