10 Cara Diet Yang Betul - Cahaya Hayati

27 Oct 2016

10 Cara Diet Yang Betul

Assalamualaikum wbt.

Mommy sedang diet. Bila mommy diet, mommy suka mencari cara untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar. Tak syiok la tahan lapar pastu mendapat penyakit lain pula. Nak kurus cara sihat dan tidak menyakitkan.

Oklah dalam mencari tips kurus, mommy terjumpa dan baca tips dari Kevin Zahri. Kenalkan siapa Kevin Zahri? So, mommy kongsikan kat sini sebab mommy tak nak kurus dan sihat sorang-sorang. Mommy nak kita semua kurus dan sihat. In Sha Allah.

Baca tau tips dari Kevin Zahri ni....

tips diet

Nutrisi dan Diet Pemakanan

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun. 

Calorie Saving Tips saya.

tips kurus

  1. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  2. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
tips diet mudah kurus
  1. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  2. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  3. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 

3 comments: