Assalamualaikum wbt.
Semalam telah berlangsungnya TM SME Biz fest 2016 di Pulau Pinang. Yang pertama untuk tahun 2016.
Apa itu TM SME Biz Fest?
TM SME Biz Fest adalah tanda penghargaan TM SME untuk semua pelanggan SME atau dengan kata mudah adalah semua yang bergelar business man & woman. Di sini TM bawa khas usahawan yang telah berjaya dan ternama untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta matlamat mereka. Itulah yang di katakan belajar dari pakar. Masuk adalah percuma.
Bagi yang terlepas TM SME Biz Fest, bolehlah mengunjungi lokasi seterusnya pada tarikh dan lokasi di bawah.
Apa akak buat di TM SME Biz Fest? Akak dan team akak mewakili unit untuk mempromosikan kemudahan bayaran bil TM iaitu Autopay.
Alhamdulillah. Ramai sudah yang tahu tentang kemudahan ini dan ramai yang memohon.
Selain daripada unit akak, terdapat pelbagai unit dalam TM yang membuka booth di sana. Terdapat pelbagai tawaran menarik yang di tawarkan serta banyak maklumat yang di kongsikan.
Agensi lain juga turut mengambil peluang membuka booth. Antaranya adalah bank islam, pos malaysia, 360, Vads malaysia dab lain-lain.
Memang tak rugilah kalau pi TM SME Biz Fest. Jangan lepaskan peluang ni tau...
tunggu bos kata ...sila buka meja di sana..haha
ReplyDeletenanti kami pujuk bos besaq suruh unit kak zi buka meja kat sana jugakkk. hahaha
ReplyDelete