Assalammualaikum wbt
Salam hari jumaat.
Hari ni Cik Ti nak share resepi mee sanggul goreng. Mee ini di buat oleh sahabat amanah ikhtiar. RM 1 sebungkus dan 1 bungkus adalah untuk 2 orang.
blurr. Awat tau tangan ni bila tangkap gambar asyik goyang ja |
Mee sanggul goreng dengan bahan yang ada dalam peti ais |
Resepi Mee Sanggul Goreng
Bahan2:
2 bungkus mee sanggul ( celur atau rebus sehingga lembut seperti spaghetti)
100 gram daging cincang ( Cik Ti guna brand Azmy)
1 biji telur ( goreng hancur)
2 sudu makan cili giling/blender ( ikut tahap kepedasan korang)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
sawi ( Cik Ti guna brokoli ... sawi abih)
carrot
1 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
Garam secukupnya
Cara-caranya:
Tumis bawang besar & putih sehingga naik bau. masukkan cili. Masak cili sehingga berminyak.
Selepas itu, masukkan daging cincang & carrot. Biar sehingga daging & carrot masak. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis.
Rasa. Kalau dah ok masukkan mee sanggul yang telah di celur. selepas itu, masukkan sawi dan telur hancur. Angkat bila sawi dah masak.
Hiaskan mee sanggul ini dengan bawang goreng dan daun bawang.
sedapnya ... dah la tengah lapar ni .
ReplyDeletehaha ..
Deletewahhh menarik ni tak pernah beli Mee sanggul ni nanti nak carilah
ReplyDelete