Blogger Perlu Guna Google Analytics - Cahaya Hayati

21 Apr 2015

Blogger Perlu Guna Google Analytics

Assalamualakum wbt.

Sejak join team EFG ni, Cik ti dah belajar banyak benda... semalam Cik Ti join kelas google analytics. Seyes best! Dari tak tahu kepada tahu...

Google Analytics?

Adalah sebuah alat mengukur/ statistik yang disediakan oleh Google yang lengkap dan sangat bermanfaat. Terutamanya kepada blogger dan juga kepada yang menjalankan perniagaan di atas talian (web).

Google Analytics ini berfungsi untuk menampilkan pelbagai maklumat penting yang diperlukan. Diantaranya adalah :

1. Cara pengunjung menemui blog kita
2. Siapakah pengunjung kita
3. Sumber pengunjung tersebut
4. Kandungan favorite pengunjung
5. Durasi masa pengunjung

Jadi, apabila kita sebagai blogger sudah mempunyai maklumat seperti ini... kita boleh kembangkan blog kita berdasarkan statistic yang dihasilkan oleh google. Pengguna yang kunjung blog tu suka pasal fesyen ke, pasal anak Cik ti ke ataupun entry restoran yang Cik ti pi makan...

Bagaimana nak pasang Google Analytics di blog?

senang saja... Pergi ke website Google Analytics. Registered dan masukkan beberapa maklumat yang di kehendaki. Setelah selesai, Google Analytics akan beri satu ID number.

Dah dapat ID, masuk ke blog -> Setting -> Others -> Masukkan ID Google Analytics kat ruangan Google Analytics macam kat gambar bawah ni.

Dah selesai



Senang kan?

4 comments:

  1. bila ada GA boleh sokmo tengok uv blog. hiksss :D

    ReplyDelete
  2. Tips n trick la ni... nanti free nak ajak kak azilah kongsi buat GA.

    ReplyDelete
  3. masuk efg ni macm2 kita belajar kan....

    ReplyDelete
  4. ya dengan Google Analytics baru kita tahu kemampuan blog kita kan Cik T

    ReplyDelete