Santai Di The Ridge - Teja By The Sea - Cahaya Hayati

15 Jan 2015

Santai Di The Ridge - Teja By The Sea

The Ridge- Teja By The Sea

Pernah dengar The Ridge- Teja By The Sea? Alahhh dah masuk jalan-jalan cari makan TV3 hari tu... yang episod kat Pulau Pinang tu.. 

Lepas tengok hari tu, saya dan suami teruja nak try kat situ. Sebab tepi laut sebenarnya.. Dan ada set bbq serta steamboat.

Dua minggu lepas kami pun pi cuba makan kat sana... Persekitaran luas & cantik, angin laut yang nyaman, pemandangan yang indah.. boleh nampak jambatan kedua dari restoran ni. 


Untuk makanan pula, kami pesan Ocean set untuk steamboat dan BBQ. Tersalah order untuk BBQ... Yang sebenarnya nak order set yang ada daging & ayam. Dah dua-dua seafood.. Tapi oklah sebab anak-anak saya penggemar seafood.

Ocean Set - steamboat
Ocean set steamboat pula di datang dua pilihan kuah iaitu sup dan tomyam. Di sertakan juga mee, bihun dan nasi serta sayur sayuran.

Ocean set - BBQ
BBQ pula di datangkan dengan 3 jenis pilihan sos iaitu lada hitam, sos cili kicap dan sos cili manis. Saya suka sos cili kicap sebab tak manis sangat.. Air satu jug untuk setiap set.

Dua pilihan
Penggemar seafood. Makan sampai kenyang.. pastu lari keliling restoran ni. Adoi laa anak-anak. Nasib baik susun atur meja ni jauh-jauh ... lari, lompat dan panjat.
Kami suka makan sini.. 
 Ni ja yang tinggal. Memang puashatilah makan kat sini.. Anak-anak kami request untuk mai lagi nanti.. In sha Allah.



-xoxo-