Pro & Kontra - Cahaya Hayati

6 Jan 2015

Pro & Kontra

Assalamualakum wbt. Baru berkesempatan untuk update.. Balik lambat sikit hari ni..

Cerita opis hari ni.. Tawaran vss kepada pekerja yang berumur 55 tahun dan sambung kontrak sehingga umur 60 tahun. Alkisahnya masa Cik Ti baru masuk keja hari tu ( cuti 3 bulan la katakan), staff yang ambil tawaran tersebut hanya 3 orang. Hari ni, dah jadi 6 orang...  Masa 3 orang tu, Cik Ti terluah juga sebab 3 orang yang ambil tu jenis yang boleh buat kerja...  Yang kerap mc tak nak ambil pula.. hihi.

Bukan pilih kasih tapi di sebabkan lambakan dan tekanan kerja kepada yang lain, itu yang menyebabkan Cik Ti berfikiran seperti tue.. Kita tak jahat tau.

Berbalik kepada VSS tadi, dah jadi 6 orang sebab tawaran vss yang di tawarkan menarik antaranya;
  • Setengah bulan gaji x month y 
  • medical benefit sehingga umur 60

Bagi Cik Ti, VSS ni ada pro & kontranya kepada yang terlibat iaitu pekerja & company. Kajian terperinci juga telah di jalankan sebelum tawaran VSS di tawarkan kepada pekerja.

So, sama ada nak ambil vss atau tak ... Solat istikharah lah untuk mendapat jawapan yang terbaik. Kita hanya merancang yang terbaik kepada diri kita tapi perancangan Allah adalah sebaik-baik rancangan untuk semua.