Hari kedua, melawat kampung budaya.. Kol 11 baru keluar dari hotel. Cover kepenatan semalam. Dari hotel ke kampung budaya lebih kurang 45 minit.. jauh ke dalam. Lebih kurang di sebalik Gunung Santubong.
Pemandangan sebelum sampai cantik dan agak sunyi... Melalui kampung, kawasan paya dan laut. Yang unik tentang jalan di Kuching adalah banyak bulatan. Jadi perlu kira exit yang ke berapa nak ambil sebab satu bulatan minuman 4 exit dan max ada 7 exit....
Kampung Budaya Sarawak
Kampung budaya ni terletak di Santubong, Kuching. Sejarah kampung budaya ni boleh goole lah yer...
Dah sampai. Bergambar dulu di depan pintu masuk kampung budaya...
Di kampung budaya ini menunjukkan cara hidup 10 etnik terbesar di Sarawak iaitu, iban, melanau, melayu, cina, bidayuh, ulu, penan ..... So, wajib mai sini kalau dah sampai Kuching. Seronok tengok cara hidup mereka...
|
Ammar nak naik jambatan ni tapi takut... |
Layan gambar lah yer...
|
Aisya ngan kakak bidayuh.. |
|
aktiviti di rumah panjang iban.. |
|
Buai di rumah panjang iban... |
|
Rumah Penan |
Ni rumah orang ulu.. Tinggi tak? Ni satu-satunya rumah tinggi yang saya panjat tangga dan masuk.. lagi 2 rumah iaitu Melanau dan bidayuh saya dah surrender... Tak larat mak yong nak naik nengok. Lain kalilah!
|
Pemandangan dari jalan masuk ke rumah orang ulu |
|
Tangga rumah orang ulu... |
|
ngan orang ulu |
|
Ini adalah serambi rumah orang ulu.. Cantik hiasannya. |
Ni pula rumah Melanau. Tinggi tak tangga dia... Tak sanggup nak panjat kalau tangga ni. Ini adalah tangga sebenar orang melanau. Untuk pelancong disediakan tangga biasa. Sekiranya ingin merasa pengalaman sebenar boleh la try tangga ni..
|
Tangga pokok nyiok . |
Ini pula pondok tempat orang melanau melakukan kerja - kerja memproses sagu. Di pondok ni di tunjukkan cara mendapat sagu dari menebang pokok sehingga mendapat produk sagu.
|
Melawat pondok ni sementara tunggu en. suami turun dari rumah melanau.. |
Bila dah habih melawat 10 buah rumah yang terdapat dalam kampung budaya ni, boleh la melihat persembahan yang di sediakan di kampung budaya. Persembahan ni adalah mengikut jadual iaitu pagi dari jam 10pagi sehingga 12tgh hari. Petang pula, kol 3.00 sehingga 5 petang.
Sementara menunggu persembahan kebudayaan, kami berehat dan mengisi perut di restoran budaya. Alhamdulillah makanan yang di pesan iaitu nasi goreng ayam dan nasi ayam memenuhi selera.. incik suami pula ingin merasa laksa sarawak. Incik suami kata boleh la...
|
Pemandangan hadapan restoran budaya. |
|
Laksa Sarawak. |
|
Ammar tengah menikmati nasi ayam. |
Dah selesai makan, bolehla solat terlebih dahulu di surau yang terdapat di bawah restoran ini... Then, tengok persembahan kebudayaan. Macam-macam jenis tarian di persembahkan.
Last sekali, para penari kebudayaan menjemput para pelancong untuk menari bersama-sama. Aisya ingin mencuba ttp dia tak pandai menari... hehehe. Baik untuk dia sebab berani mencuba.
Oklah setakat ini saja untuk hari kedua... nanti saya update lagi.
No comments:
Post a Comment