Ke Kuching Kita - Citadines Hotel - Cahaya Hayati

5 Jun 2014

Ke Kuching Kita - Citadines Hotel

 As Salam.
Dah lama tak update kan? Kan?
Terima kasih kepada yang sudi jengah blog yang tak ter'update' ni. Cik Yati mohon maaf banyak-banyak yer.. Niat memamng nak update hari-hari tapi selalu jer tak berkesempatan. Maka, blog pun berabuk bersawang bagai... Tinggai tikus jer tak main acilut chak dalam blog ni. :D

Yang sebenarnya bukan nak citer pasal blog yang tak berupdate tapi nak citer pasal aktiviti saya & family  jalan-jalan sambil menyahut seruan tahun melawat Malaysia.. Destinasi kami kali ini adalah ke Kuching, Sarawak. Alhamdulillah di beri kesempatan untuk melihat kehidupan di negeri lain... Banyak yang di pelajari dan di fahami..

Tiket ke Kuching dah tempah masa bulan November tahun lepas.. Masa Airasia buat promosi. Dapatlah tambang pi balik sorang 108. Murah la kan!

Ini juga kali pertama Aismar naik flight... Macam-macam kelaku dok ada.  Sabar je la.

Sorang teruja, sorang lagi boring tunggu flight..
Sampai di Airport Kuching, kami di jemput oleh kawan en. suami...  Kawan en. suami tolong sewa keta sekali. Proton - RM 60 sehari.. dari airport terus pergi makan ( on the way ke Poli Kuching).  Tak ingat nama tempat tu apa.. tepi sungai. Banyak pilihan tapi kami makan roti canai ja...




So, untuk first entry berkenaan Kuching adalah mengenai tempat tinggal. Kami memilih untuk stay di Citadines Hotel iaitu hotel yang berkonsepkan apartment. Sesuai sangat untuk berkeluarga... Seolah-olah stay at home.

Ni bilik tidoq.. Kami pilih yang ada satu bilik saja... Katil king size.


Tv dalam bilik.. so, tak perlu berebut.

Daddy & Ammar ber'wefie'.
Ni pula dapur. lengkap dengan kelengkapan memasak... mak yong ni ja tak bersempatan nak masak. Hehe.. Mai bercuti mana boleh masak kan?


 Ni pula hall. lengkap macam hall kat umah. i suke... TV pun besaq!



 Hall dari dapur...

Ni pula .. Toilet & bathroom.. Luas. Dari toilet boleh nampak pemandangan luar dari luar pun boleh nampak dalam.. No tinted. Scary.. call management hotel tanya kenapa takde langsir... dia inform tengah design. Gitue pulak.

Alternativenya, ambik tuala dan jadikan penghadang.. Selamat sikit. Kang ada gambar terlampau pula...


Ni la tingkap tu..
 Pakej include breakfast.. Makanan yang di sediakan boleh di katakan sedap cuma tak banyak pilihan... Terpulang kepada yang stay di sini sama ada nak makan di hotel or singgah di mana-mana restoran yang berdekatan.



 Hotel ini juga menyediakan kolam renang. Yang paling suka Aismar la... Tak habis-habis nak berendam... Layan permintaan pada hari ketiga...

Ni kolam anak-anak.
Ni kolam mak bapak budak..

ni kolam air panas...
Setakat ini dulu cerita tentang Kuching..  Nanti saya update lagi... Mungkin ada 2 atau 3 entry lagi.. Tunggu yer!

-xoxo-

No comments:

Post a Comment