Rasa - Cahaya Hayati

22 Sept 2013

Rasa

Hari ni macam-macam rasa yang ada. Masam, manis, pahit, masin...

Manis.
Hari ni boleh berlagak jadi suri rumah sepenuh masa. Bangun awal-awal pagi pergi hantar anak-anak ke tadika, kemudian ke pasar beli ikan, sayur dan buah. Stok seminggu....  
Balik market, siang ikan dan simpan stok dalam peti ais. Cuti masak hari ni sebab ada kenduri...  Lepas habis siang, kemas bilik tukar cadar, sarung bantal, sapu sampah dan seterusnya mop lantai...
Tengahari pergi ambik anak kat tadika dan pergi makan kenduri... Jumpa kenalan kat kenduri... Manisnya menjadi suri rumah sepenuh masa. Dari pagi sampai petang penuh dengan aktiviti berbentuk kekeluargaan... 

Masam, Masin dan pahit bersatu...
Pagi sabtu semalam dapat Wassap dari Puan Bos. Suruh buat report untuk meeting esok... Serius saya rasa terganggu dengan wassap tersebut. Bagi saya hari minggu merupakan hari untuk saya rehat, aktiviti dengan keluarga dan hari untuk saya release segala tekanan kerja-kerja pejabat.  Kalau hari minggu suruh buat report bila masanya saya nak release dari tekanan kerja-kerja di opis. Boleh tolong jawab untuk saya? Sebelum ini saya pernaj face to face dengan Pn. Bos saya untuk inform awal-awal if nak sesuatu report... Bukannya last minute. Kadang-kadang tengah malam... time nak tidur. Tak faham perasaan staf or buat-buat tak faham....  

Rasanya saya di bayar gaji untuk kerja 5 hari seminggu bukannya 24/7. Saya juga tidak di bayar gaji untuk kerja lebih masa... 

Sungguh saya rasa tertekan...
Rasa cam nak jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi saya tak boleh sebab saya perlu bantu adik-adik yang masih bersekolah.... Saya masih hutang dengan PTPTN. huhu...

Hari ni, saya rasa kerajaan malaysia perlu laksanakan sepertimana Germany buat. Di sokong sepenuhnya... dan hari minggu saya akan aman. 



Walaupun macam-macam rasa, walaupun tak suka... Saya still kena buat report tu... Sebab saya yang menurut perintah. Saya kan kuli jer... Dia bos. :(  

Oklah. Setakat ini saja luahan rasa saya. Nak buang rasa macam-macam tu dari hati. Yang manis jer saya kekalkan... 

Nak sambung buat report pula....

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment