Emak Dan Tanggungjawab.. - Cahaya Hayati

29 Sept 2013

Emak Dan Tanggungjawab..

Minggu lepas adik saya call dan bagitau emak demam, batuk-batuk. Dah bawa pergi Hospital Kuala Nerang.. Doktor kat sana just bagi ubat demam, batuk & selsema.

Hari-hari saya call adik tanya mak dah sihat atau belum... Adik bagitau mak dah sihat sikit  dan boleh bangun masak dah... But keja lain, adik saya yang buat. Mak saya ni suka tunjuk diri dia kuat walaupun sebenarnya dia tak sihat...

Tapikan hati saya still rasa tak sedapppp... naluri seorang anak kot. Walaupun adik bagitau mak dah ok tapi saya still nak balik tengok sendiri. Bukan apa, kekadang emak saya suruh adik jangan bagitau kat saya... Dia tak mau susahkan saya dan adik beradik yang lain... Walaupun emak tak mau susahkan kami adik beradik, ini TANGGUNGJAWAB kami sebagai anak ... Tak terbalas jasa emak melahir dan membesarkan kami..

So, khamis lepas keja saya balik kampung... Jumaat ambil annual leave # Walaupun bos saya belum approve annual leave saya. Sebab antara kerjaya dan keluarga, saya pilih kelurga.

Ya, rasa dan naluri tak sedap hati saya memang betui.  Emak belum sembuh sepenuhnya.... Batuk-batuk sebelum tidoq. Nak bernafas pun susah....

Pagi esoknya saya bawa emak pergi klinik Dr. Rusli cawangan Pokok Sena. Bayar lebih pun takpa... Janji emak sembuh. Kena ambil nab sebab kahak banyak plus antibiotik dan pelbagai ubat... Dah hampir jadi penat ( doktor yang kata).


Alhamdulillah lepas ambil nab, mak kata dia rasa macam lega sikit.
Ya Allah, semoga emak cepat sembuh dan bagi kesempatan untuk saya senangkan emak.  Aminn.

No comments:

Post a Comment