Penipu Besaqqq.. - Cahaya Hayati

19 Oct 2012

Penipu Besaqqq..

Tajuk cam tengah geram ja... hehehe
Memang tengah geram kat penipu yang hantar email ni.
Dalam kerajaan dok banteras, bagi peringatan dengan pelbagai kempen, ada lagi penipuan cam ni.
Cara senang bagi orang yang malas keja tapi nak senang dan nak kaya cepat.
oppps.. entah-entah sendikit nak tawarkan  jawatan 'keldai dadah'. 
Nauzubillah minta di jauhkan..
aku kongsikan memo/ notis yang agak canggih untuk menipu (konon-kononnya ada letterhead).

Hati- hati ngan notis camni...
Kalau di perhatikan betul-betul, company address beralamat di UK tetapi agent di South Afrika...
 Nampak sangat menipu.
Pastu yang buat aku nak tergelak lagi... pemenang boleh claim hadiah dalam masa setahun.. Mana ada lucky draw boleh claim hadiah dalam masa setahun.. selalunya dalam masa sebulan ja.
Taktik supaya orang yang tertipu dapat kumpul dan bagi duit duti kepada penipu ni ..
fikir-fikirlah sebelum kena tipuuuuuuuuuuu.

No comments:

Post a Comment