Berlaku Depan Mata... - Cahaya Hayati

8 Jul 2012

Berlaku Depan Mata...

Hari ini satu perkara ngeri telah berlaku depan mata ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung aku. Innalillah...

Kejadian ini berlaku ketika hujan renyai2, kenderaan berbaris untuk melepasi traffic light Simpang Keladi, Kulim yang terletak lebih kurang 500 meter dari tempat kejadian. Kejadian ini adalah kemalangan di antara motorsikal dengan kereta dimana penunggang motorsikal tersebut melambung dan jatuh ke tar. Ya Allah memang aku tak dapat lupakan kejadian ini kerana sikap pemandu kereta yang tidak sabar untuk keluar dari simpang. Semoga Allah panjangkan usia penunggang motorsikal tersebut.

Kejadian ini juga peringatan kepada aku untuk berhati-hati ketika memandu dan prihatin dengan pengguna jalanraya yang lain.

Ya Allah, Engkau jauhkanlah aku dan keluargaku dari kecelakaan dan kebinasaan. Amin.

No comments:

Post a Comment