Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak - Cahaya Hayati

27 Nov 2019

Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak

Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak. Hai hangpa! Dah cuti sekolah ni... Hangpa bercuti di mana? Mai la Penang, boleh makan nasi kandar. Hahaha.. Kali ni nak suruh hangpa mai try nasi kandar Cargas Cafe pula. Hat ni dekat ja dengan airport. Takyah susah-suah masuk town.. Dah kenyang baru pi check in hotel.

Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak

Mommy pun dah lama tak makan nasi kandar dekat Cargas Cafe. Jarang-jarang pergi ke Bayan Lepas. Jadi, nasi kandar yang selalu mommy dan keluarga makan adalah Nasi Kandar Kampung Melayu, Air Itam. Dulu masa daddy kerja belah Bayan Lepas, kerap juga pergi makan atau bungkus bawa balik. 

Nasi Kandar Cargas Cafe ini terkenal dengan lauk pauk yang sedap dan panas-panas. paling laku adalah ayam goreng. Letak saja, habis. Bila dah habis korang kena tunggu sat sebab nanti dia akan bawa keluar yang baru masak dan panas-panas. Yang pasti rasanya tetap sedap macam dulu. 

Lagi satu, lauk pauk di Cargas Cafe bukan saja lauk nasi kandar tapi ada juga lauk pauk melayu. Siap dengan ulam dan sambal belacan lagi. Nak cara nasi kandar, korang ambik la masakan berempah. Nak masakan melayu, korang ambik la lauk masakan melayu. Bubuh sendiri.

Oh yer, gambar lauk pauk yang banyak tu mommy tak sempat ambik sebab pelanggan ramai sangat. Nak ambik lauk pun berhimpit-himpit... Jadinya, ini saja lauk yang mommy dan officemate ambik.

Cargas Cafe, nasi kandar sedap di Bayan Lepas, Nasi kandar sedap di Pulau Pinang, nasi kandar paling sedap, sedapnya nasi kandar di Cargas Cafe, nasi kandar top di Pulau Pinang, Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak,Cargas Kafe
sedapnya nasi kandar Cargas Cafe

Harga, standard kedai nasi kandar.

So, kalau korang nak cari nasi kandar yang umppphh singgahlah ke Cargas Cafe. Confirm tak mengecewakan. Kalau tak, takkan la mantan menteri pun beratur sekali...

Cargas Cafe, nasi kandar sedap di Bayan Lepas, Nasi kandar sedap di Pulau Pinang, nasi kandar paling sedap, sedapnya nasi kandar di Cargas Cafe, nasi kandar top di Pulau Pinang, Nasi Kandar Cargas Cafe Sedap Macam Dulu Jugak,Cargas Kafe

Kenal tak sapa tu?

No comments:

Post a Comment