Sedapnya Dessert Di Mykori. Sejak Mykori Dessert Cafe buka 3 bulan yang lepas, mommy teringin nak singgah dan rasa keenakkan dessert tapi belum berkesempatan nak pergi sehinggalah hari isnin baru-baru ni. Daddy offer nak belanja untuk reward kakak Aisya yang mendapat anugerah kecemerlangan dalam peperiksaan KAFA dan juga sebagai belated besday Ammar.
Tahniah kakak Aisya |
Tak tahu nak order apa. First time la katakan...
Belek punya belek buku menu tu, mommy pilih Kenko Kakigori (Milk Ice). Kenko Kakigori adalah customised dessert. So, korang boleh pilih sama ada nak milk ice ataupun yogurt, lepas tu boleh pilih 2 jenis buah dan 3 jenis bijirin/kacang. Pilih lah yang hangpa suka... Mommy pilih yogurt, strawberry, manggo, almond, almod slice dan granola. Gabungan yang sedap.
Pilihan mommy Kenko Kakigori dan Abang Ammar Strawberry Yogurt Kakigori |
Kakak Aisya pilih ice blended mango dan mango honey crunch toast. Mango honey crunch toast adalah roti bakar yang dihidangkan bersama mangga segar dan ice cream pilihan. Menu yang sedap dan mengenyangkan.
pilihan mango honey crunch toast |
Seperti biasa bila mai tempat baru, ambil gambar kenangan sebagai bukti bila anak kata tak pernah pi pun kat situ, kat situ... Hangpa jangan macam-macam dengan mommy. Hahaha.
Happy belated besday kepada Abang Ammar. Moga jadi anak yang berjaya dunia dan akhirat...
Daddy pula order ice blended coffee. Sedap dan rasa kopi tu pekat melekat... Sampai hilang rasa mengantuk daddy.
Memang recommended jika hangpa teringin nak makan dessert, aiskrim dan yang manis plus sejuk. Puas nak berbaloi.
Selamat menjamu selera
ReplyDelete