Berjaya Menawan Bukit Suling, Bukit Mertajam. Dulu masa memula tahu tentang Bukit Suling ni, memang teringin sangat nak panjat tapi asyik tiada masa jer. Ada saja halangan... Tup tup minggu lepas daddy cakap ahad ni ( semalam ) kita panjat Bukit Suling. Alhamdulillah tercapai juga hajat nak daki Bukit Suling ni.
|
mendaki ikut jalan kebun.. |
Bukit Suling lebih di kenali sebagai Bukit Langkap oleh penduduk tempatan. Bukit Suling terletak di Daerah Mengkuang. Dulu kurang di kenali sebab banyak orang lebih suka joging atau walking di Tasik Mengkuang. Bila Tasik Mengkuang tutup, barulah orang ramai tertumpu kepada Bukit Suling. Lokasinya amat mudah. Jika anda dari Berapit, sampai di simpang tiga nak ke Empangan Mengkuang tersebut, pilih kiri kemudian kanan apabila anda lihat tiang pencawang elektrik. Jika anda dari Butterworth Kulim Expressway (BKE), keluar di susur keluar Mengkuang dan ambil kiri menghala ke Empangan Mengkuang. Selepas sekolah dan Kampung Mengkuang Semarak, perlahankan pemanduan. Lihat tiang pencawang elektrik dan di situlah simpang masuk. Berdekatan dengan simpang mahu ke Berapit.
Selain dari aktiviti mendaki, terdapat juga aktiviti meniru suara burung yang diadakan di pertengahan jalan masuk Bukit Suling. So, korang yang mempunyai bakat meniru suara burung... Bolehlah korang masuk pertandingan ni.
Bukit Langkap adalah tanah persendirian dimana terdapat ladang getah, ladang kelapa sawit, kebun durian dan juga tempat meditasi sami budha. Terdapat 2 jalan untuk ke puncak Bukit Suling. Satu jalan kebun dan satu lagi jalan tanah merah yang boleh dilalui oleh kereta, trak dan motosikal. Jalan kebuh lebih teduh tapi agak curam. Penat jugalah nak mendaki.. Jalan kenderaan pula, agak landai tapi sikit jauh.
Bukit Suling ni rendah sikit dari Bukit Tok Kun. Masa yang di ambil untuk sampai ke puncak kurang daari sejam. Itu pun berenti 4 kali. Semput sebab dah lama tak exercise. Hihi...
|
Berenti sat kumpul tenaga balik... |
Terus terang cakap, penat memang penat tapi semua tu hilang bila tengok pemandangan yang cantik bila berada di puncak. Pusing sini nampak view Tasik Mengkuang dan Bukit Berapit... Pusing belah sini nampak view highway, perumahan dan hutan.
|
Dari puncak boleh nampak Tasik Mengkuang dan Bukit Berapit |
|
Cantikkan view dekat sini. Ini lagi 10 meter nak sampai puncak... |
|
Di puncak Bukit Suling |
Dalam perjalan balik pula, boleh jumpa landskap yang cantik dan tumpuan ramai orang. Untuk ke lanskap ni kena turun atau naik mengikut jalan kenderaan. Kenderaan boleh sampai ke kawasan lanskap ni. Jadi, kalau korang just nak bergambar/ photoshoot, korang naik guna kereta sajalah. Baru la make up tak cayaq. Gituuu!
|
Model Bukit Suling. Hahaha... |
|
Gayat tapi tahan sebab nak bergambar punya pasal |
Kawasan landskap ni merupakan mercu tanda untuk pengunjung Bukit Suling. Tapiiii... korang jangan bising tau sebab bimbang mengganggu sami buddha bermeditasi. Kita hormat dioarang, diaorang hormat kita.
|
Bangga sebab berjaya ragaih sampai puncak |
Lagi satu, sila bawa bekal air atau makanan sendiri yer sebab dekat atas ni tiada tempat jualan minuman atau makanan. Mommy hanya bawa bekal air dan biskut. Boleh la habuan anak-anak kalau depa kata lapar...
|
Budak ni memang steady sampai turun... Tak penat dan tak letih. |
Oklah selamat mendaki kepada yang handak mendaki Bukit Suling ni.
tahniah untuk sekeluarga, hebat! ^_^
ReplyDeleteCantik pemandangannya
ReplyDeleteKurang sejam ok sangat. Sha hari tu naik bukit broga, takdelah tinggi bukit tu tapi semput dia ya ampun. Tak boleh bincang. Nak naik je sejam setengah 😂
ReplyDeleteSeronoknya..kalau SA confirm dah mencungap tu..badan tak fit kan...kalau nak naik kena fit kan badan dulu...
ReplyDeleteSaya org bukit mertajam pun taknpernah lg sampai sini. Sy pernah naik bukit cerok to'kun saja. Kena terjah ni
ReplyDeleteComment by Jawatan Kosong