Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC - Cahaya Hayati

17 Jul 2019

Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC

Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC. Hari isnin baru ni Kakak Aisya dan rakan-rakannya telah mewakili sekolah untuk pertandingan Choral Speaking peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu. Masa mula-mula terpilih untuk join choral speaking ni, mommy ingatkan just berlatih untuk persembahan hari anugerah sekolah rupanya mewakili sekolah untuk pertandingan peringkat daerah. So, mommy dan daddy hanya support yang mana mampu.. 

Choral Speaking
Primary schools Choral Speaking Competition

Masa hari pertandingan kakak Aisya cakap, mommy dan daddy boleh pergi tengok tapi mommy dah ada plan lain dan keluar hantar kakak Aisya pun dengan baju biasher-biasher saja. Tak sanggup mommy nak singgah dan tunggu tengok. Huhu... Hanya kata-kata semangat dan doa yang mengiringi dan team SKSAC. 

Masa pergi ambil balik, mommy dah nampak dia pegang pingat dan sijil. Alhamdulillah berjaya juga Kakak Aisya dan team SKSAC menjadi juara peringkat daerah Kulim Bandar Baharu. Muka pun ada banyak senyumlah.. 

Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC
Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC 

Inilah Team Choral Speaking SKSAC dan guru-guru.

Team Choral Speaking SKSAC dan guru-guru. 
Selain menjadi juara Choral Speaking, choreographer sekolah kakak Aisya juga terpilih sebagai  choreographer terbaik. Tahniah Tahniah Kakak Aisya Dan Team Choral Speaking SKSAC serta guru-guru yang tak jemu melatih mereka. 

Sekarang kakak Aisya kata mereka tengah berlatih untuk pertandingan peringkat negeri pula. Tahniah dan semoga menjadi pemenang peringkat negeri pula. Aminn!

2 comments:

  1. Tahniah kakak. Semoga berjaya dilevel negeri pulak ye.

    ReplyDelete
  2. Semoga jadi pembakar semangat

    ReplyDelete