Happy 10th Anniversary

2:01 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Happy 10th Anniversary. 

Alhamdulillah tanggal 11 february 2017 genaplah 10 tahun perkahwinan mommy & daddy zul yang diserikan dengan 3 orang cahaya mata. Berjaya juga kami mengharungi liku-liku, asam garam dan pahit manis berumah tangga. Semua ini menjadikan kami matang dalam kehidupan sebagai suami isteri dan juga sebagai mommy daddy. 

surprise cake by MIL & SIL

Orang kata terdapat 4 Frasa dalam perkahwinan iaitu : 

  • 5 tahun pertama perkahwinan

Pada frasa ini adalah tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah ada banyak dugaan dari segi sikap pasangan, mertua, anak kecil dan banyak lagi hal kecil yang mencetus pergaduhan. Dalam frasa ini, pasangan perlu bertoleransi, berbincang dan bersabar.

  • Usia perkahwinan 5-10 tahun

Pada frasa ini, rumahtangga dah semakin stabil. Pasangan dah malas nak bergaduh, saling memahami dan dah tahu cara untuk mengelak dari bergaduh. Selain itu, anak-anak pun dah semakin membesar. Faktor kewangan juga semakin kukuh.

  • Usia perkahwinan 10-15 tahun

Pada frasa ini, rumahtangga sudah semakin stabil tetapi isteri atau suami perlu berjaga-jaga kerana pada usia memasuki 40an ada yang mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang merasa bosan dan menjeling pada orang lain. Hal ini berlaku kerana suami / isteri banyak memberi tumpuan kepada anak-anak atau kerjaya.

  • Usia perkahwinan 15 tahun ke atas


Frasa ini adalah frasa yang paling selesa kerana berjaya mengharungi semua dugaan rumahtangga. kajian menunjukkan penceraian pada usia rumahtangga 15 tahun ke atas adalah kurang. Konflik atau pergaduhan juga jarang berlaku. Tahniah kepada pasangan yang telah berada pada Frasa ini dan jagalah kerukunan rumahtangga anda.


kami nak potong jugak..

Alhamdulillah kami telah berjaya mengharungi frasa pertama dan kedua. Sekarang akan bermula pula frasa ketiga. Bagi mommy, apapun frasa yang kita lalui adalah terletak kepada kita dan pasangan. Yang penting jujur, percaya dan berbincang. In sha Allah setiap perkara yang kita tak mahu dapat di elakkan. 

dengan kakak Aisya pula
So, semoga jodoh kami berkekalan sehingga jannah. Amin.


Terima kasih kepada semua yang wish dan doakan kami. 

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers