Gara-Gara Terlupa

9:21 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt. Gara-gara terlupa, mommy terpaksa membeli foundation dan lips balm yang baru...

Baru-baru ni mommy di arahkan untuk menghadiri Training di Seremban selama 5 hari. Sehari awal dah pack semua pakaian dan barang-barang keperluan di sana. Yang tinggal hanyalah beg make up. Sebab nak guna untuk bersiap nanti. Ingatkan lepas siap bolehlah masukkan dalam bag laptop... Sekali masa make up tu, Aisy datang untuk kacau mommy. So, mommy pun ambil beg make up dan letak kat tempat tinggi sikit...

Dah siap terus keluar. Dah sampai hotel baru tersedar... Nasib baiklah Royale Bintang Seremban dekat dengan Prima Seremban. 

So, lepas siap solat dan bersihkan diri... menapaklah dalam 5 minit untuk ke Prima Seremban. Terus mencari watsons. 

Dah sampai Watsons tercari-carilah jenama yang nak beli tu. Dalam tercari-cari tu tetiba di tegur oleh adik salesgirl jenama Victoria kot. Adalah dia promote product yang dia jual tu tetapi mommy tak berapa nak mampu membeli sebab harga product tu saja RM 200.. Gullppp. 

Then, cakap kata mommy nak cari yang reasonable price saja .. Dengan baik hatinya dia cadangkan mommy mencuba Silky Girl. Dah lama mommy tak beli produk jenama Silky Girl sebab dulu pernah cuba compact powder tetapi tak sesuai. 

Dia cadangkan mommy cuba SilkyGirl Skin Perfect liquid foundation. So, mommy pilih kaler natural.. Ada 4 jenis foundation ni. Boleh pilih yang mana sesuai dengan kulit anda

Bila dah guna SilkyGirl liquid foundation ni, mommy rasa best sangat.. ringan dan tak berminyak. Lepas tu tahan lama. Dapatlah menyembunyikan pori-pori terbuka dan pigmen di muka mommy. 


Item kedua yang wajib beli adalah lipstik atau lip balm. Barulah muka tu tak nampak berkusam... hehe. Kali ini mommy pilih SilkyGirl Moisture Boost Lipcolor Balm. Bentuk macam pencil tapi best bila pakai. 

Lipcolor Balm ni pun tahan lama. Terdapat pelbagai pilihan warna. Mommy still pilih yang nampak natural. Tak terlalu menonjol. Just nak naikkan seri sikit.. 


Inilah rupa mommy dengan 2 produk Silkygirl. Cunnn kan?. 

So, yang tercari-cari produk make up atau yang terlupa nak bawa macam mommy, bolehlah mencuba produk dari Silkygirl. 


0 comments:

Pengikut

Google+ Followers