Nasi Tomato Sedap Di Butterworth, Pulau Pinang - Cahaya Hayati

26 Oct 2016

Nasi Tomato Sedap Di Butterworth, Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt.

Dah nak lunch.  Mesti korang tengah fikir nak pergi makan kat mana... Kalau pergi makan kat kedai yang sama, boring juga kan? Yelah hampir semua menu yang ada dah order ...

Kalau korang kerja dekat area Seberang Jaya atau Butterworth ni, rajinkanlah diri mai pekena nasi tomato yang femes  di Sungai Nyior, Butterworth. Nak senang depan kilang F&N ja. Nampak signboard 100 plus  belah kanan, terus bagi signal belah kiri. Gerai biasa saja tapi menu mabeles dan ada pelbagai pilihan. Selalu kalau pergi mesti full house.

Oklah ini menu pilihan mommy masa lunch hari tu. Ayam masak hitam/ kicap berempah. Mommy ambil kuah sikit ja sebab tak suka kuah banyak-banyak. Kuah dan lauk boleh pilih sendiri... 


Ini bukan review berbayar tau, just nak habaq tempat makan best di Butterworth. Mana tau hangpa tersesat mai belah sini, pastu tak tau nak makan kat mana. Boleh la singgah sini.

bye!

3 comments:

  1. Bulan satu nanti nak ke sana. Heheh. Boleh lah singgin sini :)

    ReplyDelete
  2. sedap ek?nnt klu g sane leh ar try

    ReplyDelete