loading...

7 Sep 2016

# beuty # product review

Sumber Ayu | Wajah Baru Dan Formulasi Yang Di Pertingkatkan

Assalamualaikum wbt. Sumber Ayu, wajah baru dan formulasi yang dipertingkatkan. 

Menjadi wanita bukanlah senang sebab banyak perkara yang perlu di jaga agar diri sentiasa bersih, sihat dan cantik. Salah satu bahagian yang perlu wanita titikberatkan adalah Miss V atau bahagian kewanitaan. Jika tidak di jaga dengan betul, bahagian miss V boleh mengeluarkan bau yang tidak enak.

Dulu, wanita menjaga bahagian miss V secara tradisional iaitu dengan merebus daun sirih yang dicampur dengan air bagi menghasilkan air daun sirih untuk mencuci miss V. Banyaknya langkah wanita zaman dahulu untuk menjaga miss V dan semuanya dilakukan secara manual

Kenapa Perlu Menjaga Miss V?


Bahagian intim wanita atau miss V adalah tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan tanpa gangguan dan ketidakselesaan pada bahagian tersebut. Bakteria yang membentuk ekosistem semulajadi ini memberikan keseimbangan tahap PH serta melindungi miss V dari sebarang jangkitan dan ancaman. Amalan membersih miss V dengan menggunakan sabun dan air  bukanlah satu idea yang baik sebab ia mengganggu keseimbangan semulajadi dan mendedahkan kepada risiko jangkitan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu


Tetapi sekarang tidak lagi sebab Sumber Ayu menggunakan amalan traditional iaitu daun sirih dan melalui formulasi yang tinggi untuk menghasilkan pencuci miss V. Senang dan cepat untuk menggunakannya. Tuang sedikit pencuci Sumber Ayu di tapak tangan, sapu di bahagian Miss V dan bilas dengan air. Rasa segar sirih akan terasa di bahagian yang di cuci. 

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Selain itu, Pencuci Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini sangat wangi kerana ia diperhebatkan dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran yang berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu turut tampil dengan wajah baru yang lebih segar. Masih mengekalkan bentuk botol yang di inspirasikan daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, tetapi dengan rona warna yang menarik untuk membezakan variasi dan dihiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Macam gambar di atas.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini perakui halal oleh JAKIM . So, boleh guna tanpa was was.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu merupakan produk ideal untuk semua wanita di setiap peringkat umur. Pembersih Miss V ini hadir dengan enam variasi wangian yang menarik.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Orkid
Haruman segar dari kuntuman orkid memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya  dalam pelbagai cara.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Mawar
Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menyenangkan dan rasa bersih depanjang hari. Sesuai untuk mereka yang berjiwa romantis.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Floral
Kombinasi aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Musk
Aroma semulajadi kasturi yang ringan memberi kesegaran yang optimum agar segar sepanjang hari. Varian ini sesuai untuk wanita yang sentiasa ke hadapan  dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Gambir
Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofiskated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Fruity
Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik buat gadis yang lincah, ceria, bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu

Dimana Boleh Perolehi Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu?


Produk Pembersih Kewanitaan Daun Sirih  Sumber Ayu boleh di perolehi di semua pasaraya utam dan farmasi. Produk ini di bawa khas oleh WIPRO UNZA.

Harga jualan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu adalah RM 3.60 (90ml) dan RM 5.80 (200ml).

3 ulasan:

AziRahmanDot Com berkata...

memang best guna produk ni

Shyamala S berkata...

Code Fibo Review



Check Professor Matthew Lewis Code Fibo Review. Is it another scam? Don’t think to invest into CodeFibo Software before checking this review.



http://cruisecontroldietbookreview.com/code-fibo-review-is-codefibo-scam-or-legit-software/

Jonita Jeff berkata...

EUxit Review

The difference between binary options vs traditional options is in its trade structure. Although there are differences they are also similar in many ways. Underlying assets are traded in both markets and they have a predetermined expiry period or date that is determined before placing a trade. The different types of assets that are traded in both the markets are also similar with some assets not traded in the binary market.

http://cruisecontroldietbookreview.com/euxit-review-is-euxit-scam-or-legit-system/

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292