loading...

6 Sep 2016

# Review

Rambut Tampil Cantik Dan Bersinar Dengan Ecowell Shampoo

Assalamualaikum wbt. Rambut tampil cantik dan bersinar dengan Ecowell Shampoo.

Memiliki rambut cantik dan bersinar adalah impian setiap wanita tetapi bukanlah mudah bagi wanita. Tambah-tambah lagi wanita yang berambut panjang dan bertudung. Bila memakai tudung untukjangka waktu yang lama akan menyebabkan rambut menjadi kusam dan tidak bermaya. Mahkota wanita dah hilang serinya.

Mommy ni jenis yang suka tukar-tukar shampoo. Tidak puashati dengan shampoo A, mommy beralih ke shampoo B pula. Sehinggalah mommy mencuba Ecowell Shampoo. Memang puashati lah dengan shampoo ni walaupun mommy baru guna. Nampak dan rasa perbezaan selepas menggunakan Ecowell shampoo ni.

Ecowell Organic Cosmetics

Ecowell Shampoo 

Ecowell Shampoo ini di perkayakan dengan Myrtus Organic dan Shea Butter. Dua kandungan ini dalam Ecowell Shampoo berfungsi untuk menyuburkan, melebatkan, menguatkan, menyegarkan serta mengilatkan rambut dari akar rambut sehingga ke hujungnya. Selain itu, ia juga memberi dan mengekalkan kelembapan semulajadi rambut.

Formula khas Ecowell Shampoo ini menyegarkan dan menyuburkan kulit kepala sekaligus membantu menghasilkan rambut yang cantik, sihat dan berkilat.

Ecowell Organic Cosmetics

Antara lain kelebihan Ecowell Shampoo yang mommy rasa selepas menggunakannya adalah:
  • Rambut mudah di uruskan
  • Rambut kering dan gugur dah berkurangan
  • Rambut rasa lembut dan ringan. Dah boleh flip hair.. hehe
  • Kulit kepala rasa bersih sangat.
  • Bauan yang lembut
Kat mana boleh dapati shampoo ni? Ok, Ecowell Shampoo ini boleh dapati di :-



Tiada ulasan:

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292