Dashing Adventurer 2.0 | Untuk Lelaki Hebat Bertambah Hebat

1:55 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt. Dashing Adventurer 2.0 | Untuk Lelaki Hebat Bertambah Hebat.

Dulu-dulu mommy suka tengok iklan Dashing sebab dalam iklan tu tunjukkan tentang kehebatan lelaki menunggang superbike. Di tambah lagi dengan model yang sejak bergaya dan tampil dengan penuh keyakinan.


Kiranya dari dulu lagilah Dashing menjadi sebahagian dari gaya hidup lelaki hebat di Malaysia. Ia juga sebagai pelengkap gaya lelaki untuk tampil hebat dan penuh yakin memikat sesiapa saja yang memandangnya. 

Selain itu, Dashing juga menggambarkan gaya hidup lelaki yang lasak dan berani dalam menghadapi cabaran serta liku kehidupan harian. Yelah zaman sekarang. kehidupan harian juga mencabar di mana perlu keluar seawal pagi dan pulang ke rumah ketika lewat malam. Mencari rezeki untuk keluarga tercinta. Perlu mengekalkan gaya hebat dan personaliti diri. 


Disebabkan encik suami kita pun dah jadi seorang rider, maka Dashing Adventurer 2.0 - Edge amat sesuai dengannya. Di tambah lagi haruman yang lembut yang sememangnya di sukai oleh encik suami. Walaupun pergi ride jauh, balik rumah masih lagi wangi... sukanya. 

Kini Dashing Adventurer telah keluarkan wangian baru yang lagi best iaitu Dashing Adventurer 2.0 BOLD dan EDGE.

Dashing Adventurer BOLD - beraroma akuatik yang lebih maskulin. Baunya sedikit keras. 

Dashing Adventurer EDGE - pula mempunyai bau lemon, kayu cedar dan gaharu dengan sifat “woody” lebih memberikan kesegaran kepada si pemakai. Bauan yang lembut. Akak suka. Rasa nak dekat-dekat selalu.


Keluaran ini merangkumi :-

Dashing Adventurer 2.0 Eau De Toilette (EDT)

EDT terdapat dua saiz iaitu untuk wangian EDT yang bersaiz kecil (50ml) berharga RM 18.90 termasuk 6% GST dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan EXTREME.

Manakala untuk wangian EDT saiz besar (100ml), harganya RM 35.50 termasuk 6% GST dan boleh didapati dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.


Deodorant semburan Badan NO GAS Dashing pertama di Malaysia

Deodorant semburan yang pertama di Malaysia tanpa gas tau. TAPI tetap wangi cam biasa... Deodorant semburan ini di datangkan dengan 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.


Yang paling penting, deodorant semburan tanpa gas ini tahan sehingga 2 bulan ataupun 750 kali semburan. Fuhhh. Jimat sangat...

Harga deodorant semburan tanpa gas ini adalah RM 18.90 termasuk gst.


Dashing Adventurer 2.0 Deodorant Roll On

Selain dari EDT dan deodorant semburan tanpa gas, Dashing Adventurer juga mengeluarkan deodorant roll on. Masih ramai yang suka roll on berbanding semburan. Harganya pun mampu milik iaitu RM 6.50 (40ml). Harga ini termasuk GST. Boleh dapati dalam 3 variasa iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY.



Berkenan kan, untuk maklumat lebih lanjut boleh layari :



1 comments:

sayidah napisah berkata...

wahhh menarik! :)

cik T, kc tag kat sini http://www.sayidahnapisah.com/2016/10/october-bloglist-segment-by-fatinamdzfr.html :)

Pengikut

Google+ Followers