#bersatuTENAGA Lagi Best Kalau Semua Join!

2:09 PTG Cahaya Hayati 5 Comments

Assalamualaikum wbt. #bersatuTENAGA lagi best kalau semua join!

Hello Malaysia!

Malam-malam camni mesti hangpa semua dok relaks dan rehat-rehatkan diri. Jadi, mommy nak ajak hangpa semua join kempen dari TNB atau Tenaga Nasional Berhad. Kempen ni senang ja tau.. Semua boleh join. :)

#bersatuTENAGA


#bersatuTENAGA adalah nama kempen ni. Kempen ini adalah kerjasama TNB bersama artis terkenal tanah air seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor  dan Elizabeth Tan. Ye ye, mommy tahu artis-artis ini memang terkenal dengan vokal yang mantap dan persembahan yang memukau mata semua orang. Tapi tak salahkan kalau kita boleh berada di atas pentas dengan mereka. hikhik biarlah mommy berangan dulu yer.

Kerjasama ini adalah sempena HARI MALAYSIA yang akan di sambut beberapa hari lagi iaitu pada 16 September 2016 ini. #bersatuTENAGA adalah kempen untuk melengkapkan atau menyumbangkan idea dalam sebuah lagu ciptaan Faizal Tahir yang masih tergantung liriknya... Idea ini mestilah dalam bentuk video yang berdurasi satu minit.

Andaikata rakaman video hangpa nanti terpilih, ia akan manjadi sebahagian lirik lagu dan muzik video yang akan terpapar di semua media sosial.Hmm... Kalau terpilih boleh jadi retis tu. Bestnya.

Cara Untuk Sertai #bersatuTENAGA

Kan tadi dah habaq senang ja. Dua langkah mudah saja untuk memeriahkan kempen #bersatuTENAGA ini....

Pertama, rakamkan aksi anda menyanyi sebahagian lagu Ciptaan Faizal Tahir, menari, miming pun boleh atau apa saja aksi yang kreatif dan menarik yang dapat di masukkan dalam muzik video tersebut.

Kedua, upload video tu di instagram dengan mode public dan letak #bersatuTENAGA.

Takdak idea? Meh tengok video yang telah di buat oleh Faizal Tahir, Jaclyn dan Elizabeth Tan ni tentang #bersatuTENAGA.








Ha! Camna? Dah dapat idea? Cepat2 tau sertai kempen #bersatuTENAGA ni sebab kat IG #bersatuTENAGA  dah ramai yang join. Sporting kan dia orang.. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #bersatuTENAGA ini... hangpa bolehlah terjah ke Facebook TNB di link berikut:

https://www.facebook.com/TNBCareline/

atau

https://www.facebook.com/notes/tnb-careline/bersatutenaga-a-song-that-wont-sound-right-without-your-voice/1411108805569441

Oklah ini video mommy. Jangan gelak kay.. Like banyak2 kat IG takpe...

video

5 comments:

Ahmad Hasif berkata...

semoga berjaaya..

kisah earty berkata...

good luck Cik T..comey je gaya..hehe

ROJA M berkata...

Forward Head Posture FIX


Forward Head Posture Fix Review – What is Forward Head Posture Fix DVD Video? Who is Mike Westerdal & Rick Kaselj? Is it an Effective Program? And is it the right pick for YOU? Find the truth in our complete system Review!

Product Name : Forward Head Posture FIX

Author Name : Mike Westerdal & Kaselj MS

Bonus : Yes

Official Website : CLICK HERE


http://theleanbellybreakthroughreview.com/

AziRahmanDot Com berkata...

good luck!!

Kaklong berkata...

Dia minta kita buat lirik n lagu ke..
Alaa, tak reti..

All the best sis.. Semoga berjaya.. ^_^

Pengikut

Google+ Followers