Kari Sotong Mudah Dan Sedap

by - 2:25 PTG

Assalamualaikum wbt. Kari sotong mudah dan sedap. Salah satu favourite anak-anak. Camnilah bila daddy orang penang, mommy orang kedah. Makanan atau menu pun ala-ala dua negerilah.. Jadi taklah mommy pening kepada nak masak apa-apa menu kecuali SAYUR. Depa allergic betul dengan SAYUR.

Kari sotong mudah dan sedap

RESEPI KARI SOTONG


Kari sotong mudah dan sedap

Bahan2
1kg Sotong
2 peket  atau 4 sedu besar rempah kari ayam/daging
2 biji kentang - di potong memanjang 4 atau 8. Bergantung kepada saiz kentang
1 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
2 cm halia - di kisar
1 biji tomato - di hiris nipis/dadu
daun kari
4 beradik ( bulang lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & biji pelaga)
Minyak
garam secukupnya
RM 1 santan
Asam jawa secukupnya
Air

Caranya:
Panaskan minyak. Tumis 4 beradik bersama daun kari sehingga wangi.

Masukkan rempah yang di bancuh dengan air. Masak seketika sehingga agak garing.

Masukkan bahan kisar dan tomato. Masak lagi sehingga kelihatan berminyak.

Tambah air dalam 500 ml dan masukkan santan, garam dan air asam jawa dan kentang. Biarkan sehingga mendidih atau kentang empuk.

Apabila kentang telah empuk dan rasa telah umpph, masukkan sotong. Biarkan sehingga sotong masak sepenuhnya

Dihidangkan bersama nasi panas, sayur campur dan telur dadar.

Selamat mencuba!

You May Also Like

2 comments

Pengikut

Google+ Followers