Bihun Goreng Meriah

5:33 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt. Bihun goreng meriah namanya. Petang-petang camni haruslah update resepi sebab time time ni la mak mak dok pikiaq nak masak apa malam ni. Tangan dok buat keja tapi dalam kepala dok pikiaq menu malam nanti. #sindrommakmak

Apa susah susah pikiaq. Masak yang senang-senang dah la macam bihun goreng meriah ni. Bihun goreng meriah ni sebab penuh dengan bahan. Ada ayam, telur, chicken ball, carrot & sayur sawi. Anak-anak akak memang suka banyak bahan ni sebab bagi depa macam meratah lauk. Sayur saja tak boleh meriah. Nanti anak-anak jerit macam allergic. hahaha

resepi bihun goreng

Closed up sikit. Nampak tak penuh dengan ayam dan chicken ball.


resepi bihun goreng mudah dan sedap

RESEPI BIHUN GORENG MERIAH

Bahan:
1 peket bihun
1 belah dada ayam - potong nipis
10 biji chicken ball - guna jenama ayamas
1 poko sawi
1/2  biji lobak merah ( tengok saiz)
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji telur - di goreng hancur
minyak
garam
air


Caranya:
Rendam bihun sehingga lembut terlebih dahulu. Dalam 15 minit pun ok.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam. masak seketika.

Masukkan cili kisar. Masak sehingga berminyak atau cili telah masak. Masukkan sedikit air - lebih kurang secawan. Biarkan sehingga mendidih.

Tambahkan bebola ayam, batang sawi, carrot, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Biarkan sehingga mendidih lagi sekali. Tambah garam dan rasa.

Akhir sekali,  Masukkan bihun dan gaul rata. Agak2 bihun telah lembut, masukkan daun sawi dan telur hancur. Masak lagi sehingga bihun benar2 lembut.

Opps. Tak lupa juga pada model mommy yang sorang ni. Mommy masak apa pun mesti berselera.. :D


2 comments:

Suriaamanda berkata...

Terus lapar perut SA kat IJN Ni ha....terliur dh ni

anajingga berkata...

meriahnya mihun cik T :)

Pengikut

Google+ Followers