Minyak Yu Yee : Halal ker? - Cahaya Hayati

5 Apr 2016

Minyak Yu Yee : Halal ker?

Assalamualaikum wbt.

Akak kan suka guna minyak yu yee. Tetiba ada yang tegur dan kata minyak ni tak halal. Terdiam akak sebab dah lama guna dan yakin minyak yu yee cap limau ni HALAL. 

minyak yu yee cap limau,minyak yu yee cap limau, status halal minyak yu yee cap limau, minyak yu yee halal, minyak yu yee, minyak angin bayi
minyak yu yee cap limau

Diam tu bukan otak tak berhubung ye... Cuma mencari bukti nyata untuk di tunjukkan kepada yang menegur. Terus teringat yang status halal boleh check online... Masuk laman web JAKIM - Halal Malaysia Official Portal dan  masukkan nama produk atau nama syarikat pengeluar. Then, tekan enter atau cari. Terus terpapar status halal untuk syarikat atau produk tersebut dan siap ada tarikh bila status tersebut akan tamat. Bila dah tamat, syarikat tersebut perlu mohon semula untuk pemberian status halal pada masa akan datang.

So, dah terbukti minyak yu yee cap limau ni HALAL dan boleh di gunakan.

minyak yu yee cap limau,minyak yu yee cap limau, status halal minyak yu yee cap limau, minyak yu yee halal, minyak yu yee, minyak angin bayi
status halal minyak yu yee 

Bila telah tahu status HALAL, akak pun search berkenaan minyak yu yee yang di katakan tidak halal dan ada lemak khinzir. Ada di pasaran rupanya tapi bukan minyak yu yee cap limau tapi minyak yu yee cap kapal. Yang ini ada di jual di kedai sensei atau kedai ubat china bukannya di farmasi, pasaraya atau kedai bayi. 

So, jangan cepat melatah bila ada orang mempertikaikan sesuatu produk sebab dah boleh check sendiri status halal produk tersebut. Yang dah lama tak guna minyak yu yee tu boleh guna semula tapi beli minyak yu yee cap limau tau.

3 ulasan:

  1. feberet ni...suka cium.. macam bau baby merata rata..hehehe.. ooo baru tau..kena hati2 lepas ni..kdg kite mintak kat kedai yuu yee kang dia bg cap kapal pulak..

    BalasPadam
  2. Nasib baik halal. Suka guna minyak yu yee ni.

    BalasPadam