loading...

PR1MA - Dapat Atau Tak Dapat Ni?

2:04 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hari ni log in ke akaun Pr1ma. Dah lama tak masuk sejak dapat notification yang rumah Pr1ma Sungai Petani akan di buat undian dan di jemput hadir ke undian tersebut.

Keputusan undian rumah Pr1ma


Bila log in saja, keluar auto pop out message. Berita gembira tetapi tak tahu nak lompat atau apa sebab masih belum mendapat email rasmi dan no. rujukan pendaftaran pr1ma tiada dalam senarai yang di beri. Tidak tahu la kalau akak tak nampak. Akak kan rabun...

Keputusan undian Pr1ma

So, telefon ke helpdesk Pr1ma. Tidak dapat di pastikan lagi dan perlu tunggu email rasmi. Sabarlah hati  dan tunggu berita selanjutnya...

Yang dah dapat rumah pr1ma tu share la sikit. story mory kat sini.. :)

0 comments:

Redeem WOOP Yang Pertama

12:35 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalammualaikum wbt.

Sejak join woop ni, duit untuk barangan peribadi semakin jimat sebab dengan hanya melakukan task yang di beri oleh woop. Setiap task mempunyai nilai point yang tersendiri. Rajin melakukan task yang di beri, maka banyaklah point yang dapat.

Jumlah point yang terkumpul boleh di tukar kepada barangan keperluan, kesihatan dan penjagaan diri yang kita mahu.

Awal bulan hari tu, mommy telah redeem point woop dengan Rexona Women Free Spirit Twin. Jimat 3 bulan tak payah beli deodorant. Atau jika di tukar kepada nilai RM, jumlah redeem lebih kurang RM16.00. Jimatkan..

Tempoh untuk terima barang redeem juga tidak lama. Kurang dari 7 hari.. Bungkusan yang di terima juga kemas.


Bulan ini tengah gigih mengumpul point woop untuk redeem Bio Calsium 30's. Lagi 400 point untuk di kejar. 


Nak dapat barangan peribadi tanpa mengeluarkan duit, join woop sekarang. Klik SINI untuk join.

Jadi wanita & mommy kenalah bijak.

2 comments:

Sebab-Sebab Jerawat Tumbuh Di Muka?

10:33 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Alamak jerawat kat hidung la! Naik kat dahi pula.. Eh! kat pipi pulak! Tension tau...

Jangan tension-tension. Mari kita tengok kenapa jerawat naik dengan galakknya di bahagian-bahagian muka. Bila dah tahu sebab-sebab jerawat tumbuh di muka, mungkin kita boleh menghalang atau mengurang pertumbuhan jerawat tersebut selain menggunakan produk kecantikan yang berada di pasaran.

Jerawat
Lesung pipit dan dagu

Jerawat
Pipi

Jerawat
Hidung

Jerawat
Dahi

Jerawat
di tengah-tengah dahi

0 comments:

MINI GIVEAWAY YANIEYUSUF.COM

10:30 PG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

Jom sertai mini giveaway blogger YanieYusuf.com. Syarat2 dia pun senang saja. i like...

MINI GIVEAWAY YANIEYUSUF.COM

Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entry ''Mini Giveaway YanieYusuf.com'' berserta gambar diatas (pastikan blacklink ke entry ini tau).
2. Follow Blog www.yanieyusuf.com
3. Follow Google+ Yanieyusuf
4. Follow Instagram: Yanieyusuf , AirAsia , TV3Malaysia , Altel dan TravellingBeruang
5. Jangan lupa tinggalkan link enrty diruangan komen disini.


Tarikh akhir: 30 November 2015
(Sehingga jam 1159 malam)

1 comments:

Cara Mengurangkan Cukai Pendapatan

4:09 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Dengan ilmu sebagai perunding kewangan yang masih belajar tentang dunia kewangan, ingin berkongsi cara untuk mengurangkan pembayaran cukai melalui simpanan.

Tahukah dengan melakukan simpanan kita dapat mengurangkan jumlah bayaran cukai? Kenapa perlu bayar lebih cukai sedangkan kita boleh kurangkannya?

Terdapat pelbagai cara yang di tawarkan oleh kerajaan untuk pelepasan pelarasan cukai tetapi melalui simpanan hanya 5 cara iaitu:

SSPN

Melalui SSPN, pelepasan cukai adalah sebanyak RM6000.00 setahun.

SSPN

Insuran nyawa dan KWSP

Seperti kebanyakan yang bekerja, kebanyakan pekerja syarikat/perindustrian telah di lindungi oleh insurans nyawa yang di langgan oleh syarikat. Jadi, kebanyakan dari kita tidak melanggan insurans nyawa peribadi. 

Jadi pelepasan cukai sebanyak RM 6,000 tidak dapat di nyatakan dalam borang cukai. Rugi sudah RM 6,000 di situ.

Insurans pendidikan dan perubatan

Hanya yang mendapat pendedahan tentang kepentingan insurans pendidikan dan perubatan saja yang akan melanggan insurans ini. Tetapi berapa ramai yang mampu? Malah ada yang berkata.. PTPTN kan ada.

Kakak, abang jangan ambil pinjaman PTPTN untuk pendidikan anak-anak kita sebab yang menanggung hutang itu anak-anak kita. Belum tahu lagi bagaimana kehidupan pada masa akan datang.. Kecualilah anak kakak dan abang sangat cemerlang dan boleh menukar pinjaman tersebut kepada biasiswa.

Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada 

Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 2021

PRS

PRS adalah Skim Persaraan Swasta. Skim ini jarang orang dengar... Sebab kebanyakkan kita menyimpan wang persaraan dalam KWSP. 

Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021

Kurangkan jumlah bayaran cukai

Walaubagaimanapun, sebagai perunding kewangan... Pencarum adalah di galakkan memilih PRS. Ini adalah kerana dividen yang di bayar oleh PRS ( OnePRS Kenanga) adalah sebanyak 20%. Lebih tinggi dari KWSP.

Kurangkan jumlah bayaran cukai

Kini PRS boleh di carum oleh semua. Tidak terhad kepada yang bekerja swasta. Orang yang bekerja dengan Goverment juga boleh membuat pelaburan dalam PRS bagi memaksimumkan jumlah pendapatan setelah bersara.

Berikut adalah pengiraan pelaburan yang telah mencapai tempoh matang dengan caruman pemulaan RM1000 dan Standing Instruction (SI) RM 150 setiap bulan selama 20 tahun (240 bulan).


Jadi, kenapa perlu bayar lebih cukai jika kita boleh kurangkan melalui simpanan? Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk gandakan jumlah simpanan.

Nak sertai dan melabur dalam PRS... hubungi contact berikut.

yati292@gmail.com
WA : 019-47032988


Ingin jadi jutawan? Jom pelajari ilmu menjadi jutawan bersama Mentor Jutawan Irfan Khairi

klik banner untuk langgan

0 comments:

Nahhh! Dua Zurich, Dua SMECTA dan Sedikit Tips

10:34 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Rezeki di bulan November Rain. Empat lagi CPUV Nuffnang untuk bulan ini. masyukkk!

CPUV Nuffnang

So, kena lagi rajin update. Kalau tak nanti Nuffnang merajuk pula. hehe

Terbukti sudah, walaupun sudah tidak glittery... Nuffnang tetap beri CPUV. Janji UV maintain atau semakin naik.

Dari sini kita boleh pelbagaikan income blog dengan memohon pelbagai source of income seperti Nuff, Adsense dan Affiliate.  Affiliate yang paling banyak menyumbang income kepada blogger kerana ia di bayar mengikut komisen.

Contohnya, Affiliate Ashadee. Ada product yang di bayar komisen 50%. Jadi jika dapat jual 10 product yang berharga RM50, maka jumlah komisen yang akan di terima adalah RM250. Ini untuk satu product. Jika pelbagai product dengan pelbagai harga??? Banyakkan jumlah yang akan di terima.

Jangan malu-malu dan kedekut untuk belajar ilmu tentang affiliate. Tak rugi pun.




Tutorial Pembinaan Laman Web Affiliate




Teknik mudah menulis ayat jualan
Contoh ayat jualan yang dapat di pelajari adalah jika pelanggan ragu-ragu untuk melanggan atau membeli dari kita adalah :-

Saya tak rugi, anda yang akan rugi sebab ramai yang nak dan tawaran terhad. Harga yang saya tawarkan tidak akan dapat di kedai/ penjual yang lain.
Jangan menyesal yer!


Reverse psikologi. In Sha Allah rezeki atau jualan akan menjadi milik anda.

0 comments:

Team Building Bersama Dr. Lawrence

3:00 PTG Cahaya Hayati 5 Comments

Assalamualaikum wbt.

Cerita teambuilding. Kali pertama traning dengan Dr. lawrence dari Lawrence Walter Seminars. Best sangat. Memang enjoy!

Team Building Bersama Dr. Lawrence
Dr, lawrence
Teambuilding kali ini mengajar untuk lebih fokus dan tujuan sebenar kita focus. Yes! Dr. Lawrence berjaya menanam semangat dan fokus.

So, siapa yang dapat training dengan Dr. Lawrence janganlah tolak. Paksa diri anda hadir ke training atau seminarnya. In Sha Allah anda tidak akan menyesal...  Best sangat. Sampai tak sempat nak rasa boring. Handphone memang tak boleh pegang masa training. Time rehat ja tengok handphone. 

Team Building Bersama Dr. Lawrence

Kad kecil yang amat bermakna dan mempunyai maksud mendalam. Kad ini di beri kepada semua yang hadir training beliau. Boleh buat sebagai bookmark atau di beri kepada sesiapa saja yang kita inginkan.

Team Building Bersama Dr. Lawrence

Ini pula kena selfie untuk kumpul point. setiap 10 gambar dapat 1 point. hahaha.. So, time orang pergi sembahyang jumaat, kaum hawa dok sibuk selfie ngan poster Dr. Lawrence. Setiap poster ada makna dia yang tersendiri.

Team Building Bersama Dr. Lawrence

My Buddy sepanjang training. Kena jaga buddy baik-baik. Yang belakang tu bukan yer.. 

Ni saja cerita tentang training. Lain-lain cerita nanti update dalam entry yang lain. hehehe.. 

Meh layan gambar selfie ngan poster. Tak pandai posing.. 

Team Building Bersama Dr. Lawrence


Team Building Bersama Dr. Lawrence

5 comments:

Spiderman In Da'House

3:19 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.


Whatsapp dari encik suami.. Spiderman in Da'House. 


2 comments:

Sharp, Shell & Kleenex

10:19 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hampir semingggu tak update. Waaa... 

Maaflah sebab tuan blog kena pi team building 2 hari. Tak sempat nak buka lappy.. Balik rumah pulak, sibuk uruskan rumah dan anak-anak. Semalam pula bawa emak untuk follow up di hospital.. Sampai rumah dah pukul 8.30 malam. Tengokkan anak-anak pula.. Sian diaorang kena tinggal seharian.

Blog pula walaupun tak update, UV maintain setiap hari. Alhamdulilah dan terima kasih banyak-banyak kepada yang menyumbang UV. 

Disebabkan UV maintain maka, nuffnang bagi lagi 6 CPUV. Sharp, Shell & Kleenex. Terima kasih Nuffnang.  Ini yang menyebabkan semangat untuk update semakin tinggi. hehe

Tips CPUV

Lagi tips untuk mendapatkan CPUV adalah dengan maintainkan UV. 

UV adalah unique visitors iaitu sorang pembaca blog di kira 1 UV. Jika ada 10 orang maka UV blog adalah 10 walaupun membaca banyak entry.  Jumlah bacaan entry adalah pageview (PV). 

Untuk melihat UV blog kena daftar dengan google analytics. Di google analytic jumlah UV sebenar blog akan di tunjukkan seperti di bawah.


Tips CPUV

Selain itu, dari google analytic... korang boleh buat analysis siapa yang datang ke blog anda dan apa yang mereka mahu. So, dari situ.. kita boleh pilih niche yang tepat untuk blog. Faham tak?

Oklah nantikan tips seterusnya dalam entry yang lain.


Jana Wang Adsense di sini

Belajar cara mudah untuk menjana wang dari adsense. Semua rahsia ada di sini.. Langgan sekarang!!

jana wang adsense


2 comments:

Tonton 'Akulah Balqis' Hari Ini

3:58 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Drama `Akulah Balqis' menyaksikan lakonan hebat Puteri Balqis, Nabilah Huda, Aeril Zafril, Nazim Othman dan Nadia Brian selaku watak utama bakal menemui penonton di slot Akasia bermula hari ini.

akulah balqis

Drama 24 episod ini diarahkan oleh Fali Yahya (palie) manakala skrip oleh Erma Fatima. `Akulah Balqis' bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.02 petang menggantikan drama Hello, Mr. Perfect! lakonan Fattah Amin dan Ruhainies yang telah berakhir semalam. 

`Akulah Balqis' mengisahkan mengenai kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu mereka risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.

akulah balqis

Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafril) dan Seri (Nabila Huda) sangat sibuk mencari pekerjaan selepas syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis juga terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah. 

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terbabit dengan dadah selepas mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperoleh Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung.

akulah balqis

Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan. 

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang sering kali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis. 

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. 

Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis. 

akulah balqis

Tiba-tiba suatu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis daripada ditemui oleh ibu bapa kandungnya itu. Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?


************************

Dapatkan pakej ebook PLR dengan pelbagai topik yang menarik. Antaranya:
  • Menjana Pendapatan Dengan Ebook
  • 5 Tip Super Affiliate Yang Boleh Dipraktikkan Oleh Newbie
  •  Memaksimumkan Potensi Blog
  • Memanipulasi Laman Sosial
  • Jana Wang Affiliate Melalui Teknik Review
  • Buat Duit Sebagai Affiliate
  •  Dan 95 lagi topik hangat yang berada dalam e book ini.
pakej 101 ebook PLR
klik sini untuk langgan


2 comments:

Nak Pergi Krabi

10:50 PG Cahaya Hayati 5 Comments

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya tahun ni rancang percutian akhir tahun hendak ke Krabi, Thailand tetapi apakan daya.. masa dan kewangan yang belum mengizinkan.

Dua hari lepas dapat fridge magnet dari rakan se opis. Menyuntik kembali semangat untuk ke Krabi. So, mulai bulan ini dan bulan seterusnya, mommy kena penuhkan tabung percutian untuk tahun depan.

budget ke Krabi


Untuk ke Krabi, mommy perlukan sediakan budget...

1. Pasport - 5 beranak x RM 100
2. Transport - flight or drive? - Nanti suruh daddy decide sama ada nak drive atau naik flight. Macam mana pun dedua memerlukan budget. Sama banyak ja.. sebab untuk drive sendiri, kena sediakan duit lebih untuk budget jika ada kemalangan/ kerosakan kecil.
3. Accomodation - Dah 5 beranak kena la ambik bilik besar sikit atau pun apartment.
4. F&B  - Nak makan mewah atau biasa-biasa saja. budget lebih makan mewah  la sikit. Budget ciput makan yang biasa-biasa saja. Tetapi bila dah pergi melancong, mestilah nak cari makan yang best.
5. Pakej - Dah pergi kawasan pantai, mestilah ambil pakej island hoping.
6. Souvenir - Wajib beli untuk kenangan.

Agak-agak korang RM2K cukup tak pi Krabi? hehe... 

Nak kena terjah blog- blog blogger yang dah pergi Krabi ni. Di situ kita dah boleh agak berapa budget yang di perlukan untuk pergi Krabi.

Chaiyok Cahaya Hayati!

5 comments:

CPUV Setelah Hilang Glittery

8:00 PTG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah masih ada CPUV yang lekat setelah hilang status glittery Nuffnang. Hilangnya status glittery setelah mommy masukkan affiliate Ashadee. 

Kalau dah tahu hilang kenapa join? Join affiliate Ashadee kerana dengarnya ramai blogger yang menjaya menjaya income dengan affiliate. Disebabkan tergedik-gedik nak tahu bagaimana menjana income melalui affliate kenalah cuba. 


Nak cerita banyak tentang affliate, mommy belum master. In Sha Allah, mommy akan update sikit-sikit ilmu yang mommy dapat. Kalau tak sabar boleh langgan pakej affiliate di bawah. Terdapat tutorial dari A to Z untuk menjana income melalui laman web.


4 comments:

Trowback UPSR 1992 ~ Tak Cemerlang Pun

2:27 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Nak buat trowback jugaklah. Selagi tak basi cerita tentang UPSR ni..


Dulu, akak tak study sungguh-sungguh pun. Tuisyen lagilah tak... Pusat tuisyen mana bercambah cam sekarang. Sekolah pun takdak lagi initiative nak buat kelas tambahan macam sekarang.. Semuanya harapkan pembelajaran di sekolah dan homework yang di beri.

Dah nama pun budak kampung. aktiviti akak bila balik sekolah adalah pergi mengaji, balik mengaji main dengan kawan-kawan kampung. Malam tengok tv. hahaha heaven gila.

Masa periksa, pergi sekolah macam bsiasa macam ambik periksa akhir tahun ja. rileks gila.. Jawab sebaik mungkin.

Last masa result keluar, akak dapat 2A 1B 1C. Tak cemerlang tapi bangga sebab boleh beat anak cikgu dan masih lagi dalam kedudukan top 10 sekolah. hihi...  Akak pun bukan pelajar harapan sekolah pun. #sedardiri.


Masuk sekolah menengah baru akak ada cita-cita untuk majukan diri. Selalu bandingkan diri dengan pelajar bangsa lain. Kenapa depa boleh.. kenapa aku tak boleh. Jadi selalu berusaha untuk tempatkan diri dalam top 5 sekolah. alhamdulillah.


PMR berusaha tetapi tak cemerlang gak. huhu... So, usaha lagi masa SPM. Target nak mendapat result yang baik, nak masuk uni dan nak berjaya dalam hidup. Alhamdulillah.. Berjaya melayakkan diri untuk ke uni. Dapatlah sekeping ijazah yang melayakkan mendapat kerja dan gaji yang best serta boleh bantu keluarga.

Kejayaan mungkin datang lambat tetapi asalkan kita berusaha pasti kita akan perolehinya. Kena ada impian yang besar untuk kita berusaha lebih.


Itu cerita UPSR zaman akak. Zaman sekarang dah tak sama. Point akak kat sini adalah jangan mengalah jika tak berjaya sekarang. Masih ada banyak tiket atau tangga untuk di daki.. Teruskan dan kejar impian awak.

Good Luck dear!

2 comments:

Tahniah - UPSR 2015

12:19 PTG Cahaya Hayati 4 Comments

Assalamualaikum wbt.

Tahniah!
Tahniah buat semua pelajar yang mengambil keputusan UPSR hari ini. Kejayaan anda adalah penentu hari esok. Baru satu langkah permulaan.. Masih banyak langkah yang perlu di lalui untuk berjaya. Teruskan usaha demi kejayaan di dunia dan akhirat.
Bagi adik-adik yang mendapat pencapaian yang kurang memuaskan pula, janganlah rasa kecewa dan rendah diri. Usaha lagi pada masa akan datang. In Sha Allah kejayaan akan menjadi milik anda..

Kepada ibu bapa pula, janganlah membandingkan keputusan anak kita dengan anak saudara atau rakan kerana itu akan menyakitkan hati anak, saudara dan rakan. Ini kerana setiap perjalanan hidup seseorang tidak sama. Mungkin dia tidak mendapat pendidikan tinggi tetapi berjaya memiliki perniagaan sendiri dengan usaha kerasnya.. Mungkin dia mendapat pendidikan tinggi tetapi sukar peroleh pekerjaan. Mungkin dia berpendidikan tinggi dan memperolehi kerjaya yang di idamkan..

Yang memperolehi kejayaan pula, janganlah terlalu berbangga dengan kejayaan tersebut. Jauh lagi perjalanan dan liku hidup yang perlu di tempuhi. Kejayaan yang di perolehi adalah satu tiket untuk memudahkan perjalanan hidup. Yang penting adalah terus berusaha.

Sikap, usaha dan akal kita adalah penentu diri kita. Kalau tidak berjaya hari ini, ingatlah esok masih ada. Usahalah untuk mendapat kejayaan pada hari esok.

Good Luck!

~ semak keputusan upsr online di sini

4 comments:

Semak Keputusan UPSR Online

4:19 PTG Cahaya Hayati 0 Comments


Assalamualaikum wbt.

Esok 17hb November 2015, ibu bapa yang anak-anak ambil peperiksaan upsr sudah pasti berdebar-debar untuk ketahui keputusan peperiksaan anak masing-masing.

Seeloknya sebagai ibu bapa, kita  semak online dulu result peperiksaan anak-anak kita. Jika berjaya memperolehi 5A atau sasaran yang di tetapkan.. ibubapa boleh membuat sedikit kejutan kepada anak-anak. SURPRISEEE! 
Semak Keputusan UPSR online

Bagi ibu bapa yang anak-anaknya tidak mencapai sasaran yang telah di tetapkan janganlah marah atau sindir-sindir anak tersebut kerana cara begitu boleh menyebabkan anak-anak menjadi demotivate. Down!

Apa yang boleh ibu bapa buat adalah dengan memberi semangat untuk terus belajar dan berjaya kerana ada anak yang kepandaiannya terserlah dari kecil.. ada anak yang kepandaiannya terserlah ketika usia telah matang.  Apa yang penting kita tunjukkan anak-anak jalan ke arah kejayaan tersebut.

Semak Keputusan UPSR Online

Oklah tepat jam 12 malam ini, ibu bapa sudah boleh membuat semakan.  Berikut adalah cara membuat semakan secara online atau sms.

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR

Semakan Keputusan UPSR 2015 Online exam result Dan Short Message System (SMS)
Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Boleh juga lawati laman web kementerian pendidikan DISINI

0 comments:

Tanda-Tanda Migrain

3:43 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Sering sakit kepala? Kenapa? Adakah anda seorang pengidap migrain? Meh check tanda-tanda migrain. Jika ya, segeralah berjumpa dengan pengamal perubatan untuk rawatan selanjutnya.

Jangan ambil ubat penahan sakit yang tidak si syorkan kerana ini boleh mengundang bahaya atau penyakit yang lain.

tanda-tanda migrain

Jom amalkan hidup sihat. :)

2 comments:

You Can Do It!

8:00 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Wordless.

You Can Do It!

0 comments:

Fikir Dan Bicara Seorang Anak

11:00 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Hari ini encik suami telah share tentang post oleh Asyikin Hashim ( pengetua genius aulad Saujana Utama) di wall FBnya. Sesuatu tentang kelakuan dan perangai anak kecil. Banyak manfaatnya. Aku share di sini supaya semua dapat manfaat.


Fikir Dan Bicara Seorang Anak

  • Apabila dia sentiasa ingin di gendong dan tak mahu letak. Maka ibu tidak dapat mandi dan makan. Sebenarnya pelukan ibu adalah tempat paling hebat dan selamat di dunia. Dia berasa tenang dan bahagia. Penuhilah keperluannya itu.
  • Apabila dia pantang di tinggalkan, maka menangislah dia, menghentakkan kakinya serta meraung dan ibu pun naik angin. Banyak kerja yang tidak boleh dilakukan. Sebenarnya dia sangat takut di tinggalkan. Dia risau ibunya pergi dan tidak kembali lagi. Maka, tenangkanlah dia dan katakan kepadanya ' ibu di sini dan tak kemana-mana. Ibu sayang kamu.. jika ibu pergi, ibu pergi sebentar. Nanti ibu kembali.'
  • Apabila dia mulia membaling semua benda yang di pegangnya. Maka ibu membebel, rumah bersepah dan tidak kemas. Sebenarnya dia mahu tahu bagaimana barang itu jatuh ke bawah, bagaimana bunyinya, pecahkah ia, berubahkah bentuknya. Sel-sel otaknya sedang berhubung dan dia sedang belajar.
  • Apabila dia tidak mahu tidur dan ibu sudah naik angin. Esok mahu bekerja. Sebenarnya dia masih belum puas bermain. Dia mahu bermain bersama ibunya. Selepas beberapa ketika, pasti ia mengantuk dan tidur.
  • Apabila dia menangis usai ibu pulang dari tempat kerja. Tiada apa yang boleh menghentikannya kecuali melalui mendukungnya. Sebenarnya, dia sangat rindu pada ibunya setelah seharian tidak jumpa. Apabila nampak saja muka ibu, maka dia melonjak gembira. Dia mahu damping puas-puas dengan ibu.
  • Apabila dia sakit dan tidak mahu di letakkan, hanya mahu tidur di bahu ibu. Maka ibu resah, esok mahu mohon cuti lagi. Sebenarnya, pelukan, belaian, ciuman serta cerita ibulah ubat yang paling mujarab buat dirinya di samping ubat-ubat doktor.
Fahamilah fikiran dan bahasa seorang anak. Semuanya ada makna untuk kita renung dan insafi. Tidak selamanya dia begitu. Tiba masanya, apabila dia sudah tidak lagi mempedulikan... baru kita tahu betapa kita damba anak yang manja dan tangkisannya dulu yang menyemakkan kita.

0 comments:

Perbezaan Diantara Orang Berjaya Dan Tidak Berjaya

8:00 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Perbezaan di antara yang berjaya dan tidak berjaya. Dari sini kita boleh belajar sesuatu iaitu untuk berjaya kita perlu mengamalkan apa yang di lakukan oleh orang berjaya dan meninggalkan tabiat yang di lakukkan oleh orang tidak berjaya.

Usaha itu perlu kerana setiap kejayaan memerlukan usaha.


Tanamkan juga dalam diri kita yang kita akan berjaya suatu hari nanti. In Sha Allah.

0 comments:

Rahsia Tidak Lupa

8:00 PG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamualaikum wbt.

Mari kita amalkan 7 rahsia agar tidak lupa apa yang telah kita belajar... Cepat tangkap dan senang faham. In sha Allah.


2 comments:

Tanda-tanda Obesiti

8:00 PTG Cahaya Hayati 1 Comments

Assalamualaikum wbt.

Meh check sama ada kita telah menjadi obesiti atau tak. Berikut adalah tanda-tanda obesiti... Kalau ada tanda-tanda ini kita patut amalkan diet yang sihat.  Diet untuk sihat bukan untuk kurusss!

Tanda-tanda Obesiti
Jom diet!

1 comments:

Pengikut

Google+ Followers