Semak Keputusan UPSR Online - Cahaya Hayati

16 Nov 2015

Semak Keputusan UPSR Online


Assalamualaikum wbt.

Esok 17hb November 2015, ibu bapa yang anak-anak ambil peperiksaan upsr sudah pasti berdebar-debar untuk ketahui keputusan peperiksaan anak masing-masing.

Seeloknya sebagai ibu bapa, kita  semak online dulu result peperiksaan anak-anak kita. Jika berjaya memperolehi 5A atau sasaran yang di tetapkan.. ibubapa boleh membuat sedikit kejutan kepada anak-anak. SURPRISEEE! 
Semak Keputusan UPSR online

Bagi ibu bapa yang anak-anaknya tidak mencapai sasaran yang telah di tetapkan janganlah marah atau sindir-sindir anak tersebut kerana cara begitu boleh menyebabkan anak-anak menjadi demotivate. Down!

Apa yang boleh ibu bapa buat adalah dengan memberi semangat untuk terus belajar dan berjaya kerana ada anak yang kepandaiannya terserlah dari kecil.. ada anak yang kepandaiannya terserlah ketika usia telah matang.  Apa yang penting kita tunjukkan anak-anak jalan ke arah kejayaan tersebut.

Semak Keputusan UPSR Online

Oklah tepat jam 12 malam ini, ibu bapa sudah boleh membuat semakan.  Berikut adalah cara membuat semakan secara online atau sms.

Cara Membuat Semakan Keputusan UPSR

Semakan Keputusan UPSR 2015 Online exam result Dan Short Message System (SMS)
Untuk membuat semakan anda hanya perlu ikut arahan di bawah.

Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Boleh juga lawati laman web kementerian pendidikan DISINI

No comments:

Post a Comment