Bahana Langgar Pantang - Cahaya Hayati

14 Sept 2015

Bahana Langgar Pantang

Orang tua-tua dah kata. Jangan langgar pantang... Akibatnya badan yang tanggung. huhu

Petang jumaat lepas kerja ajak encik suami ke pasar malam. Nak cari makan untuk makan malam. Dah terlajak ke pasar malam, encik suami kata beli ikan sekalilah untuk stok dalam peti sejuk.  Jadi urusan membeli di serahkan kepada incik suami. mommy pula dukung si Aisy sambil perhatikan Aisya dan Ammar. Nahhh.. bila nak siang tengok-tengok semua ikan sardin dah pecah perut. Dah tak sedap untuk goreng.

Jadi cakap la kat encik suami yang ikan tu dah tak sedap buat goreng. Buat kuah laksa bolehlah... Maka jadilah laksa penang esoknya.

Bila buat sendiri laksa, haruslah teringin nak makan. Makan sebab lagi 2 minggu nak cukup satu tahun pantang makan laksa. Ingatkan dah tak jadi apa-apa... Sekali seram sejuk, sakit belakang dan urat datang. huhu... Nampaknya kena pantang makan laksa lagi la. Dah la favorite dish ni..

Resepi Laksa Penang
Laksa Penang
Resepi Laksa Penang boleh dapatkan di SINI

No comments:

Post a Comment