24 September 2015 - Cahaya Hayati

29 Sep 2015

24 September 2015

Assalamualaikum wbt.

 24 September 2015 bukan setakat hari raya saja. Tarikh ni jugak besday si bongsu Muhammad Aisy Hafizi.

HAPPY BIRTHDAY AISY!

Macam baru bersalin saja Si Aisy ni.. tup tup dah setahun. Kenapa cepat sangat besar? hehehe.. Mommy belum puas lagi nak peluk, gomoi dan acah-acah.

Aisy anak yang paling lasak. Belum setahun dah berapa puluh kali jatuh.. termasuk jatuh katil. Tak sempat nak sambut. Aisy cepat dan lasak orangnya. Nangis pun kejap saja.. Nangis memerap kat mommy dia tu lama la. Selagi tak dukung.. selagi tu la nangis sambil peluk kaki mommy.

Umur 9 bulan dah boleh berdiri dan berjalan 2 tiga tapak plus panjat katil dan sofa. Umor 10 bulan dah jalan dengan lajunya.. Tak terdaya mommy dan daddy nak kejar..

Dah setahun ni macam-macam kebolehan dia. Dah pandai ajak pergi jalan-jalan... Selagi tak bawa keluar selagi tu la buat perangai. hehehe. Bijak bijak...

Aisy memang lain dari kakak dan abang dia. Mungkin sebab mommy ambil suplement shaklee kot. Bagi kredit sikit kat shaklee.

Boleh main lagi @KPJ Bandar Perda
Sambutan besday untuk aisy  (family ja) pun belum buat lagi SEBAB Aisy kena demam campak. Campak sekam/ halus.. Habis seluruh badan dan muka penuh dengan ruam campak. 4 hari demam panas.. Hampir nak warded tapi memandangkan Aisy masih aktif dan esoknya nak raya... Mommy & Daddy tawakkal jaga Aisy kat rumah. Alhamdulillah raya kedua Aisy dah kebah.. Ruam saja yang belum hilang sepenuhnya.

Jadi sambutan besday Aisy nanti kita sambut sekali dengan besday daddy, abang dan tok daddy. Jimat belanja. hehehe

Mana hadiah besday Aisy?
Oppps!. Walaupun belum sambut besday.. mommy dan daddy dah bagi hadiah besday tau. Besar lagi. hikhik.

1 ulasan:

  1. happy birthday buat aisy juga, semoga membesar sebagai anak yang soleh kebanggan ayah ibu, amin.

    BalasPadam