Belajar Mewarna Batik Di Pameran Kraf

1:43 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamulaikum wbt.

Sabtu lepas, Cik Ti sekeluarga telah ke Giant @ Landmark Kulim. Dekat saja dengan rumah Cik Ti... Lima minit drive dah sampai.. MIL nak cari barang kat giant. Cik Ti dan anak-anak tukang teman sahaja. 

Bila sampai sana, bagi MIL cari barang... Cik Ti dan anak-anak pergi melihat pameran & jualan kraf. Cantik-cantik barangan dan batik yang di jual. Tak beli sebab tak ada bajet.. Cuci mata sajalah. Si Aismar pula tergedik-gedik nak warnakan batik. RM 5 satu dan boleh pilih corak yang di kehendaki..

Untuk mewarna batik ni, penjual akan demo bagaimana nak warna dan cara campur warna.. Nampak senang tapi bila tak biasa rasa susah.. Nak kaler lain dapat kaler lain.

Macam terror..
 Inilah hasilnya.. Cantik tak kami warna?

Batik Patricks Ammar..

Batik Bunga 3 kuntum Aisya

KEPENTINGAN AKTIVITI SENI DAN MEWARNA KEPADA ANAK-ANAK

Menurut pakar kaunseling kanak-kanak Ashikin Hashim,  kepentingan aktiviti seni dan mewarna kepada anak-anak adalah untuk:

1. Skil Komunikasi. Ketika anak melukis atau mewarna, mereka pasti akan berkomunikasi dengan orang sekelilingnya bagi membantunya melaksanakan aktiviti tersebut. Mereka akan menyebut warna yang akan digunakan, menyatakan bentuk yang akan dilukis atau pun memberikan idea di manakah akan digantung lukisannya kelak. Mereka juga akan bertanya adakah lukisan mereka cantik kepada kita. Itu semua melibatkan skil komunikasi. Nyata sekali aktiviti sebegini merangsang anak-anak berkomunikasi dan menambah kosa kata mereka.

2. Skil sosial dan emosi. Apakah kaitan aktiviti aktiviti sebegini dengan skil emosi dan sosialnya? Lihat bagaimana anak kita berkongsi warna bersama adik beradik dan kawan-kawannya. Mereka akan berkomunikasi sesama mereka dan belajar sabar ketika menunggu giliran. Kadang kala mereka akan rasa kecewa kerana lukisan mereka dikatakan tidak cantik oleh kawan-kawan atau mungkin mereka sangat gembira ketika dipuji oleh ibu kerana mewarna dengan baik. Ini semua melatih emosi anak dan membuatkan mereka cepat matang.

3. Skil menyelesaikan masalah. Apabila mereka melakukan aktiviti kraf, pelbagai idea yang datang menerjah ke dalam fikiran mereka. Apa yang saya hendak buat? Apa warna yang catik untuk buah epal ini? Bagaimana saya mahu menjadikan ia bertambah menarik? Mereka akan mencuba cara yang terbaik atau pun mencari idea baru untuk menjadikan kraf mereka cantik dan menarik.

4. Skil motor halus. Aktiviti seni dan kraf sangat penting bagi meningkatkan skil motor halusnya. Memegang benda kecil dan halus, menggunting, menampal antara latihan yang dapat melatih skil motor halusnya. Ini sangat penting kerana jika otot-otot kecil seperti di jari tidak digerakkan dan dilatih, anak akan sukar membuat aktiviti seperti menulis, mewarna atau membutang baju.

 5. Fokus. Aktiviti sebegini dapat melatih anak-anak untuk fokus dengan lebih lama lagi. Ini penting bagi meningkatkan daya tumpuannya terutama apabila mereka sudah melangkah ke alam persekolahan nanti.

6. Ekspesi diri dan kreativiti. Hebatnya seni dan kraf ini, kita dapat melihat emosi dan ekspresi anak pada waktu tersebut. Mereka melukis wajah ayah dan ibu kerana rindu yang teramat sangat atau melukis suasana kampung kerana ingin pulang ke kampung.

7. Mengeratkan hubungan. Luangkanlah masa bersama-sama anak-anak. Mereka pasti gembira jika kita dapat bersama-sama mereka melukis dan mewarna. Rasakan kebebasan serta keseronokan ini dan pasti mereka akan berkongsi dengan kawan-kawan bahawa ibu bapa mereka adalah yang paling 'cool' di dunia!

8. Tip mengurangkan aktiviti tidak berfaedah. Ada yang bertanya, bagaimana untuk mengurangkan aktiviti menonton televisyen atau bermain permainan video. Inilah solusinya. Adakan aktiviti kraf ini bersama mereka. mereka pasti tolak televisyen dan gajet yang lain ke tepi.

Banyakkan. Sebab itulah Cik Ti tak kisah kalau mereka minta untuk mewarna dan beli buku untuk lukis serta mewarna.

2 comments:

Nazlee Ismail PCL berkata...

kanak2 dgn warna memang suka..kalau kat rumah ada je ibubapa biarkan anak conteng dinding..biarkan mereka berfikir kreatif..tapi mak kita dulu jangan dibuat, kena cubit lah... ini satu cara mendidik anak..bawa anak2 melukis , mewarna di temoat yg betul...

shamiera osment berkata...

seronoknya..anak dah besar nnt boleh la ajak buat aktiviti camni...

Pengikut

Google+ Followers