Akar Lima Cafe

2:59 PTG Cahaya Hayati 8 Comments

Assalamualaikum wbt.

Akar Lima

Dari tahun lepas Cik Ti dengar tentang akar lima cafe tetapi tak pernah pegi lagi. Puasa tahun lepas ada plan nak berbuka di sana.. tetapi penuh setiap kali nak book. Lama-kelamaan nama Akar Lima Cafe terhilang dari ingatan Cik Ti. Mungkin di sebabkan oleh faktor usia.

Macam mana Cik Ti dan keluarga boleh pergi ke Akar Lima Cafe? Nak di jadikan cerita, tetiba jer kami dah boring dengan restoran-restoran yang selalu kami singgah makan. Tak tahu nak makan apa dah.. ntah camna, idea untuk ke akar lima muncul di kepada encik suami. hehe... so, pergilah kami sekeluarga ke sana.

Akar Lima beroperasi dari tengahari sehingga jam 10 malam. Kami tiba di akar lima lagi 15 minit hendak tutup. Tokey dia cakap boleh lagi...  Turun & order. 15 minit selepas itu makanan & minuman yang di order pun sampai. Pantasnyerrr untuk restoran western.


Apa yang Cik Ti oder? Untuk minuman Cik Ti ambil cold honey lemaon with ginger.. Sedap. Untuk makanan pula, Cik Ti order beef steak.

Menariknya beef steak yang cik ti order dia menggunakan ulam raja sebagai dressing. Cik Ti tak pasti pula dia menggunakan sos apa. Rasa seperti ada campuran lada & kentang.. Yang pasti rasanya SEDAP sekali. Lain dari yang lain. Mash potato pun banyak...


Untuk makluman juga, Akar Lima bukan saja ada cafe, mereka juga tawarkan homestay, catering dan ada dewan untuk semua majlis.

Bagi yang hendak kesana bolehlah klik google maps di bawah.



Bgi yang nak cuba menu western yang lain dari biasa bolehlah ke sana.

8 comments:

Sheila Adziz berkata...

kat negeri mana ni cik tie... sori tak tahu,,,

Hayati Sakaria berkata...

Kat Kulim Kedah.

DRAMATIC UNIQ berkata...

fuuuhhh... lemon with ginger....?? errr.. sedap ke rasa halia.. heheheheee... :p

Hayati Sakaria berkata...

Sedap dik. Kalau tak biasa minum air halia memang rasa cam tak best. Kalau dah biasa rasa ok ja. Lagipun rasa halia tu tak kuat sangat.. try la.

khaty aiman berkata...

sedap ja nampak ayaq tue c.T

Mirabeads azi berkata...

sedap...tunggu akak punyer review pulak...

Hayati Sakaria berkata...

okeh. i'm waiting...

Hayati Sakaria berkata...

sedap.

Pengikut

Google+ Followers