Memetik Strawberi Di Ladang Big Red Strawberry

9:41 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Semoga di kurniakan hari-hari yang bahagia, tubuh badan yang sihat dan rezeki yang tidak putus-putus.

Hari ni Cik Ti nak update cerita short vacay ke Cameron sebelum menjadi basi... Asyik tertangguh ja entry ni. :)

Kali ini kami memberi pengalaman memetik stoberri kepada anak-anak walaupun mommy & daddy dia tak penah merasa dulu.. petik buah lain penah la. Kami memilih ladang Big Red Strawberry.. Kenapa saya memilih ladang ni kerana saya pernah tengok kawan post gambar strawberry yang besar-besar dalam fb. Terusss tertarik...

jadi stoberry dulu..
Anak-anak memang teruja dan tak sabar nak petik strawberry. Singgah makan pun, kat mulut still sebut nak pi petik strawberry... Tak sabar tul.

peladang cilik

Memetik Strawberry di Ladang Big Red Strawberry

Di Ladang Big Red Strawberry ni, dia hanya benarkan 2 orang kanak-kanak di temani seorang dewasa. Bayaran pula adalah mengikut berat strawberry yang di petik. RM25.00 untuk setengah kilogram.
pilih-pilih yang besar2 saja
 Di ladang Red Big Strawberry ni juga di sediakan cafe. Jadi, mak-mak atau ahli keluarga yang tak masuk untuk memetik strawberry boleh la lepak di sini or jejalan dalam kawasan ni. Bukan setakat pokok strawberry... sayur, bunga pun ada. Boleh jalan-jalan sambil makan aiskrim malaysia berperisa strawberry.
kacau la daddy ni..
Layan gambar anak-anak Cik Ti petik strawberry lah yer. Cerita dah habih.....

Yang mana lagi besar adik?

Ni la buah yang kami petik.. Besar2 tak?
 So, kalau nak memberi pengalaman memetik strawberry boleh la datang sini... In Sha Allah anda akan rasa berbaloi.

Pengikut

Google+ Followers