Resepi Cekodok Pisang Sedap

5:34 PTG Cahaya Hayati 8 Comments

Assalamualaikum wbt.

Petang-petang gini di tambah pula dengan cuaca yang sejuk.. Dapat cekodok panas-panas memang sedap. Tambah pula dapat hirup teh o panas.. Terangkat beb!

Cekodok pisang yang Cik Ti hidangkan untuk keluarga adalah hasil tunjuk ajar dari nenek sebelah ayah. Tapi Cik Ti tak lah pandai buat bentuk bulat-bulat.. Cekodok Cik Ti macam-macam bentuk ada. Rupa tak penting janji rasa sedap.:)


Ini resepi cekodok warisan keluarga Cik Ti.

Cekodok Pisang 

1 sikat pisang awak/emas yang ranum
RM 1.00 kelapa parut ( putih)
1-1 setengah  cawan tepung gandum
1 sd kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Pisang di lenyek sehingga halus. Cik Ti gunakan gelas saja.
2. masukkan tepung, kepala dan garam. Gaul rata.
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

note: Cik Ti tak tambah gula sebab pisang dah ada rasa manis yang tersendiri.


selamat mencuba.

8 comments:

mas saari berkata...

sedapnya.. nak pulak makan panas2 dgn kopi O
memang licin!

sayidah napisah berkata...

terbaikk. hehe

shamiera osment berkata...

sedapnya cekodok...

Muhammad Shahril berkata...

singgah sini sambil follow ! :)

Cikgu Norazimah berkata...

hujan2 layan cekodok pisang sedap

Hayati Sakaria berkata...

terima kasih semua yang singgah. cekodok memang sedap di makan time hujan2 di tambah pula dengan kopi o. yummy!

Inani Hazwani berkata...

sedapnyaaa :)

khaty aiman berkata...

amboii..sedap haih..btw,blog C T dah makin cantik

Pengikut

Google+ Followers