5 Langkah Pertama Penjimatan - Cahaya Hayati

2 Apr 2015

5 Langkah Pertama Penjimatan

Assalamualaikum wbt.

Semalam bercerita tentang GST. Dalam pelaksanaan GST masih ada SST. Ramai yang dah buat laporan kepada pihak yang berkuasa.. Biarlah pihak berkenaan mengambil tindakan sewajarnya ajar pengguna dan rakyat marhain tidak tertindas.

Sebagai pengguna, kita juga memainkan peranan yang besar dalam ekonomi kerana kuasa beli dan permintaan terletak di tangan kita.. our choice nak beli atau tak.

Lima langkah pertama berjimat  :-

1. masak sendiri

Beli bahan mentah dan  masak sendiri. Ini adalah langkah penjimatan untuk seisi rumah. Kerana kita tahu, harga bahan mentah adalah dalam kawalan kerajaan.
Jadi, semua orang makan makanan yang sama. Kos yang sedikit untuk mengisi perut yang ramai (Big Family).

2. Bawa bekal ke sekolah atau ke pejabat

Bento

Bawa bekal ke sekolah bagi anak-anak dan juga bekal ke pejabat oleh mak bapa adalah langkah berjimat yang ramai orang lakukan. Tak kira la bekal untuk breakfast atau lunch. Sekurang-kurangnya kita dah jimatkan RM 5 sehari... Kat belah utara ni, ramai yang breakfast dengan nasi lauk atau nasi kandar.

Bawa bekal sendiri juga baik untuk kesihatan.

3. Bancuh minuman sendiri

Bancuh minuman sendiri boleh jimatkan RM 1 - RM 2.50. Harga minuman sekarang dah mahal... Beli satu pek 3 in 1 yang ada 30 stick tu tahan untuk sebulan.. Jimat dan sedap kan? Tak sampai RM 15 pun satu pek.

4. Tetapkan budget harian

Setiap  hari bekerja, cik ti memang tetapkan budget harian iaitu RM 10 sehari... logikkan? Cara cik ti budget adalah seperti berikut:

breakfask : RM 2.00
lunch        : RM 8.00 ( termasuk buah )

hari yang cik ti bawa bento, dah dapat jimatkan RM 2. Nampak sikit tapi kalau simpan lebihan tu akan jadi banyak.

5. Window Shopping Dah ler!

Kalau dulu pantang nampak ada sales kita beli. Now, kena ubah cara.. window shpping dah ler agar memuaskan hati kita..
Kalau rasa tak boleh jugak, tinggalkan segala kad bank/ kredit di rumah. Bawa RM 50 ja... Bila nak beli, alaa ada RM 50 ja... cukup untuk makan dan isi minyak. hihi jimat-jimat.


notes: lain orang lain caranya untuk berjimat. :)