Mood Rajin En. Hubby Chubby - Cahaya Hayati

3 Okt 2012

Mood Rajin En. Hubby Chubby

Ini semalam punya cerita.

Semalam adalah hari rajin en. hubby, bukan selalu pun.... Pepagi dah start membasuh baju bajan yang menimbun sebab weekend hari tu kami balik kampung. Dari baju sampailah ke cadar dia basuh.

Lepas tu siapkan anak2 dan mai ambik aku pi lunch... Lunch kat area opis ja @ Restoran Nelayan. Lepas lunch, en. hubby bawak anak2 pi beli cendol kat Maklom, Sg. Dua ( cendol terbaik) - penah jumpa artis 80/90an kat situ, naseer wahab kau tak silap.


sempat lagi posing...

mood rajin en. hubby sampai ke  malam. so, Dinner semalam en. hubby yang memasak.Burger aje tapi anak2 puji sedap. siap cakap lagi ' mummy masak tak sedap, daddy masak sedapppp!'. Anak2 ni kan sengaja nak bagi aku terasa. ' suruh daddy masak hari2 la. mummy nak resign jadi tukang masak. ' mood merajuk tapi tak dak sapa pujuk.
Sentap hati mummy tau... mummy selalu masak, hangpa(anak2 )tak puji pun - ayat jauh hati. kalau daddy masak sekali sekala, hangpa puji kemain. Rasa2nya depa nak suruh daddy depa masak selalu kot? :)


Taadaa! ini yang En. Hubby dok masak...

En. Hubby masak guna magic pan. kenapa magic pan ? tak perlu guna minyak & tak perlu di alih. senang memasak untuk resepi bakar2. selain dari itu, magic pan ni boleh di guna di kedua belah. kalau untuk burger,  yang flat untuk bakar roti ngan telur... yang lagi satu tu, boleh guna untuk bakar daging, sosej dan yang seangkatan dengannya.

Gambar burger sedia untuk di makan tak sempat nak snap sebab anak aku yang canggih tu telah basuh hp mummy dia sehingga terpadam screen. nasib baik pagi ni dah ok...  

sorry la kalau ayat tunggang terbalik... cheq biasa2 ja!

note: gambar klasik - kredit kepada blogger http://kasihaleeya.blogspot.com/ sebab blogging about PhotoScape. memang mudah dan gambar pun cantik.

1 ulasan:

  1. Saya tak pernah cuba masak burger guna kuali ini. Selepas melihat bukti ini, barulah berani memasak burger. Terima kasih.

    BalasPadam