Cahaya Hayati

30 Aug 2019

Lirik Lagu Dan Video Klip Suaramu Syairku

August 30, 2019 0
Lirik Lagu Dan Video Klip Suaramu Syairku
Baru lepas lunch. Ingatkan nak siapkan satu task produk review tapi mood kelaut daaa... So layan you tube dan tengok trending lagu Suaramu Syairku yang di nyanyikan duet oleh Sheryl Syazwani dan Ayie Floor 88. 

Best sangat dan rasa terbuai ja bila dengar lagu ni. Terus mommy google lirik lagu rupanya penyanyi asalnya adalah Apak atau Harry Khalifah. Nyanyian secara solo pun best dan duet oleh sheryl dan Ayie pun best dan lebih menusuk jiwa bila dengar... 



Lirik Lagu Suaramu Syairku


Pandanglah aku
Hembuskan nafasmu
Kerana aku amat rindukanmu
Janganlah jangan
Kau jauh dariku
Tanpa wajahmu kelam duniaku

Bisikan aku
Katakan cintamu
Kerana suaramu
Bersyair laguku
Dendangkan aku
dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu dekatlah padaku
Cinta berpadu

Bila bermimpi kamu
Jaga dari tidurku
Aku sebut namamu
Aku seru cintamu
Engkaulah kekasihku
Hanya engkau nyawaku
Akulah perindumu
Akulah pencintamu
Bawaku bersamamu
Agar hilang resahku
Eratkan dakapanmu 
Dekatlah padaku

Bisikan aku
Katakan cintamu
Kerana suaramu
Bersyair laguku
Dendangkan aku
dengarkan padaku
Dakaplah aku wahai kekasihku


Jom layan video klip Suaramu Syairku oleh Harry Khalifah dan duet oleh Sheryl Shazwanie & Ayie Floor 88. 



Doa Ketika Bersedih Dan Cara Untuk Keluar Dari Tekanan

August 30, 2019 0
Doa Ketika Bersedih Dan Cara Untuk Keluar Dari Tekanan
Assalamualaikum wbt, salam jumaat dan selamat menyambut kemerdekaan yang ke-62.  Semalam semasa mommy naik untuk solat zohor di surau office, ternampak seorang adik ni tengah menangis dalam sujud. Bukan sujud yang sekejap tapi yang lama sebab dari mommy mula solat sampai habis solat dia tak bangun-bangun lagi. Lepas baca doa, mommy pergi dekat dan tengok dia. Dua kali mommy ulang tengok dia. Takut pengsan pula... Lagipun masa tu mommy dengan dia saja yang ada kat surau. Alhamdulillah lepas tu dia bangun dan habiskan solat macam biasa. 

Terus mommy tanya dia okay atau tak? Dia kata okay cuma kadang-kadang hati ni dok teringat arwah suami katanya. Dia kata masih lagi ternampak dan terbayang yang arwah suami dia masih ada... So, adalah juga nasihatkan dia dan minta dia banyak doa kepada Allah. 

Untuk pengetahuan korang, suami adik ni baru 2 bulan lebih meninggal. Cara meninggal yang mengejutkan semua sebab arwah tidak sakit, sihat dan meninggal dalam pangkuan si isteri yang terjaga tengah malam untuk susukan bayi. Suami hanya cakap pening dan minta maaf dengan isteri. Lepas cakap macam tu, terus arwah habis hayat. Adik ni still tak percaya arwah dah tiada sehingga paramedik sahkan. Semoga adik ni terus tabah dan kuat untuk menjalani hidup di samping membesarkan 3 anak. In sha Allah 

Terus terang mommy katakan yang mommy pun mungkin tak sekuat adik ini untuk hadapi kehilangan yang tak di jangka. Kita boleh pujuk hati dengan mengatakan Allah lebih sayang dia... Tapi tetap rasa kehilangan tu. 

Di sini mommy share dengan semua doa ketika sedih dan doa untuk keluar daripada tekanan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua. 


Doa Ketika Sedih




Cara Untuk Hadapi/Keluar Dari Tekanan



3 Doa Pendek yang paling mustajab. 





29 Aug 2019

Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya

August 29, 2019 1
Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya
Assalamualaikum wbt & hi korang. Malam ni dinner apa? Kalau tak tau nak makan apa, jom ke kedai Ari Tepi Lebuhraya. Terdapat pelbagai jenis menu panas-panas. Paling ramai order menu seafood la.. kedai ni dah lama viral dalam Penang Kini tapi mommy dan family baru berkesempatan pergi. Yelah, kerja Butterworth, rumah kat Kulim, dinner kat Permatang Pauh pula? Ofkos la tak... 

Singgah Ari Tepi Lebuhraya ni pun sebab mommy ke BBW dekat Mydin Bukit Mertajam. Alang-alang dah ada area Seberang Jaya kan?

Dinner Nasi Goreng Seafood Di Ari Tepi Lebuhraya


Masa singgah hari tu kami semua order nasi goreng ja sebab masing-masing dah kelaparan... Dalam kepala pun dah terbayang nasi goreng seafood. Hahaha... 

So, inilah menu-menu yang kami order.

Nasi Goreng sotong untuk kakak Aisya. Nasi goreng ni bahagi dua dengan aisy... Dah bahagi 2 pun kakak Aisya tak habis. Sotong tu rasa pedas sikit ja. Portion banyak... 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Nasi Goreng Sotong
Ni pula Nasi Goreng Seafood. Mommy share dengan daddy.. Portion nasi banyak, seafood pun banyak sampai tak nampak nasi... Dalam nasi goreng seafood ni ada udang, sotong, siput lala dan siput apa tah. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Nasi Goreng Seafood
Ni pula Seafood Masak Pedas. Satu mangkuk penuh dengan lala, udang dan sotong. Memang puashati. Nasib baik daddy tak order nasi putih kalau tak takdak orang nak perabih nasi goreng mommy. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh
Seafood Masak Pedas

Abang Ammar pula order nasi goreng ketam tapi nasi goreng ja yang sampai... Okay jugak ketam tak sampai sebab boleh tolong habiskan seafood masak pedas yang daddy order.

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh

Walaupun kedai biasa-biasa saja, tapi selalu fullhouse. 

Ari Tepi Lebuhraya, Ari Tepi Highway Permatang Pauh

Selain nasi goreng, kedai ni ada juga pilihan seperti Char Koay Teow seafood, mee kuah dengan pilihan seafood. Pendek kata hangpa nak apa, habaq ja kat depa... 

Dengan tambahan order Mee Kuah Ketam, jumlah yang kami bayar pada malam tu tak sampai RM50 pun... Jumlah ni termasuk air tau dan tolak ketam yang tak sampai tu.

So, sangat recommended kalau korang nak dinner kat sini. Kedai dia tepi susur keluar Permatang Pauh dari Seberang Jaya. Belah kiri ja...